Wednesday, 5 April 2017

Adakah Berdebat Sudah Menjadi Trend Masakini..


Kit Siang Harus Sahut Cabaran Debat Tunku Aziz, Boleh dikatakan ini musim berdebat.

Setelah Mahathir dicabar oleh Nazri Aziz untuk berdebat, kemudian bekas pegawai  khas politik Mukhriz pula mencabar Mukhriz untuk berdebat mengenai kekayaan anak Mahathir.

Belum pun selesai isu pembatalan acara debat dan dailog antara Mahathir dengan Nazri , kini Tunku Aziz Tunku Ibrahim pula mencabar Lim Kit Siang “supremo” DAP untuk bedebat pula.

Kita belum pasti kedudukan perdebatan antara Mukhriz dengan bekas pegawainya namun kita sudah pun ketahui kedudukan keputusan debat antara Mahathir dan Nazri , iaitu mendapat halangan dari pihak polis.

Namun boleh dikatakan Mahathir telah terselamat dari di “grill” oleh Nazri Aziz , walaupun ramai pihak yang tidak berpengetahuan menyangka Nazri yang pengecut kerana mereka tidak tahu bahawa komandan komandan tua dan panglima tua yang mengelilingi Mahathir yang secara sulit berusaha mengagalkan acara debat itu.

Mereka dikatakan tidak mahu Mahathir tersepit dengan soalan dari Nazri  kerana sekian lama Mahathir berceramah telah bebas menuduh dan memfitnah sesuka hati. Jika ada perdebatan dan jika Mahathir gagal kemukakan bukti maka kredibilitinya akan hancur.

Selain itu mereka menghidu perangkap kepada isu isu FOREX dan kronisma yang mustahil Mahathir boleh berbohong kerana Nazri dikatakan lebih arif dari rakyat biasa yang tidak tahu banyak hal di sebalik tirai.

Kini , muncul pula cabaran Tunku Aziz untuk berdebat dengan Lim Kit Siang yang pernah menjadi ahli tertinggi DAP dan juga pernah menjadi senator dari parti DAP.

Tunku Aziz mahu berbahas isu yang sangat menyakitkan hati Kit Siang iaitu gelaran “diktator dan DAP” sebagai tajuk dan fokus perdebatan.

Sehingga kini belum ada jawapan dari pihak Kit Siang atau pun DAP kerana cabaran baru di kemukakan semalam.

Namun , jika kebiasaan menjadi penilaian , sudah tentu cabaran ini tidak akan dilayan langsung.

Ini memandangkan DAP atau Kit Siang , sama juga tabiatnya seperti Mahathir, mereka tidak akan mahu tersepit atau terikat dengan apa apa yang bakal menyusahkan mereka dan membebankan mereka.

Kebiasaannya tokoh tokoh seperti Kit Siang atau Mahathir hanya lah menyerang atau pun mengenakan lawan sahaja. Mereka tidak gemar atau suka jika mereka berada di kedudukan yang kena serang.

Ketika Tan Sri Annuar Musa memberi hujah di parlimen pun Kit Siang sering menggangu ucapannya kerana tidak tahan kena serang. Ucapan Tan Sri Annuar kerap kali diganggu secara histeria oleh Kit Siang yang bermotif supaya kata kata Annuar tidak lancar dan tidak dapat disampaikan.

Arahan Speaker Dewan menyuruhnya duduk pun tidak diendahkannya.

Jadi , walaupun cabaran telah dibuat secara rasmi oleh Tunku Aziz, namun pasti sekali Kit Siang akan  tolak mentah mentah.

Bahkan bukan sahaja ditolak, tetapi akan disertai dengan penghinaan dan kritikan.

Itulah DAP yang sebenar.

Sebenarnya DAP tersangat zalim, tetapi kezalimannya tidak ditunjukkan sepenuhnya memandangkan  mereka sedang cuba memancing undi orang Melayu.

Tambah lagi , DAP berusaha mahu menjadi kerajaan di Putrajaya yang memerintah menggunakan badut badut dari kalangan orang Melayu.

Maka atas sebab itu DAP mengawal sedikit kezaliman mereka.

Berkenaan jawapan kepada debat yang dicadang oleh Tunku Aziz kepada Kit Siang. Boleh lah dibuat rumusan bahawa ia tidak akan terjadi. Sama  juga dengan debat yang akan cuba dihalang oleh orang sekeliling Mahathir.

Mereka semua , iaitu Kit Siang dan Mahathir sudah selesa dengan keadaan sekarang, di mana mereka sahaja menyerang dan bebas memfitnah.

Debat boleh memalukan mereka , kerana debat ada giliran bercakap , tambah lagi pada setiap tuduhan pihak lagi satu boleh meminta bukti , debat juga ada lah “two way” yakni dua hala di mana selain menyoal, akan juga kena soal.

Tidak seperti ceramah , di mana pihak seperti Mahathir tidak dihalang menuduh apa sahaja cerita dan persepsi. Jadi di mana pula dakwaan hendak menyatakan Nazri takut kerana jika Mahathir tidak bercakap diruang debat dia boleh bercakap di ceramah.

Perkara yang sama akan dicakapnya. Bila bila sahaja Mahathir dengan bebas bercakap tanpa orang membidasnya jika di pentas ceramah.

Apa pun kita tunggu sahajalah apa yang akan dijawab oleh Kit Siang, kerana tidak seperti parti lain yang semua perkara harus dibawa kepada badan tertinggi untuk buat keputusan. Dalam DAP,  Kit Siang itu sendiri adalah pendakwa, pembela dan penghukum dalam parti DAP.

Bila DAP hendak dedah cerita dana Zionis RM1.2 billion? Sudah setahun lebih senyap. Elok juga jika ada debat. Boleh Tunku Aziz tanya status dana itu.-BeruangBiru