Wednesday, 5 April 2017

Carta Organisasi Pakatan Harapan Paling Pelik Di Dunia


Pakatan Harapan (PH) pembangkang di Malaysia mempunyai susun atur carta organisasi yang mungkin paling pelik di dunia kerana dia tidak diketuai oleh seorang Pengerusi sebaliknya hanya meletakkan dua orang Penasihat sahaja.

Sebelum ini DAP sudah memecah rekod dunia bila Kit Siang direkodkan sebagai pemimpin diktator paling lama di dunia iaitu 51 tahun. Rekod ini patut masuk dalam Guinness World Book Record.

Carta organisasi PH patut didokumentarikan sebagai "The Most Strangest Political Party In The World" dalam rancangan "National Geographic". Mana ada parti dalam dunia ada dua penasihat, tiada ketua dan tiada timbalan.

Pakatan parti DAP, PAN, PKR dan PPBM itu meletakkan nama Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi PPBM, Mahathir sebagai Penasihat Jawatankuasa Protem PH yang diputuskan dalam mesyuarat pakatan itu baru-baru ini.

Di bawah mereka sepatutnya ialah Pengerusi PH dan Timbalan Pengerusi PH yang jelas masih kosong kerana tidak diumumkan pun siapakah mereka. Kalau diikutkan, sepatutnya Pengerusi PH ialah Kit Siang kerana beliau mewakili DAP yang memiliki paling banyak kerusi berbanding parti pembangkang lain. Selepas itu, baru muncul Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, iaitu bekas Timbalan Menteri, Saifuddin Abdullah.

Kemudian ia akan terbahagi pula kepada pemimpin-pemimpin parti yang berjumlah 18 orang dari parti anggota diketuai Presiden masing-masing, Presien PAN, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika di dalam mana-mana organisasi lain di dunia ini, nama Ketua atau Pengerusi untuk mengetuai sesuatu organisasi akan dipaparkan dengan jelas carta organisasi bagi memberikan maklumat kepada orang ramai siapa yang mengepalai organisasi itu.

Entah kenapa, PH begitu berahsia bab siapa yang mengetuai pakatan berkenaan. Jika sesuatu organisasi berkenaan ada agenda tersembunyi sahaja biasanya ia akan membuat perkara itu untuk merahsiakan siapa ketua mereka yang sebenar. Orang ramai tahu dengan jelas kini bahawa Lim Kit Siang sebenarnya adalah ibarat Pengerusi PH dan Lim Guan Eng adalah Timbalannya. Namun itu tidak ditulis secara rasmi dalam PH.

Pada 29 Mac lepas, Guan Eng dengan angkuhnya membidas kenyataan bahawa Mahathir dan Wan Azizah adalah Penasihat kepada pakatan itu. Menurut beliau, PH tidak pernah melantik kedua-dua pemimpin itu sebagai penasihat PH.

“Mereka dua watak utama. Masih terlalu awal untuk buat apa-apa kenyataan kerana jawatankuasa penaja belum melantik pemegang jawatan.

“Keputusan dan kedudukan akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang. Bagaimanapun Mahathir dan Wan Azizah boleh membantu kita set semula politik negara,” kata Guan Eng.

Hanya ketua sebenar dan "king maker" sahaja yang mengambil langkah seperti Guan Eng apabila tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dalam PH.

Setakat ini, parti-parti lain dalam PH memang mendengar kata Guan Eng dan bapanya Kit Siang dalam pelbagai hal seakan-akan pemimpin DAP itu mempunyai kuasa veto dalam PH.

Carta organisasi PIBG pun nama siapa pengerusi dan siapa timbalan pengerusinya. Jawatan penasihat bukanlah ada apa apa kuasa pun. Pelik sungguh organisasi yang ada dalam PH.

Mana ada carta organisasi sepelik ini di dunia. Itu pun masih ada orang yang mahu kena tipu dengan mereka. Malang sungguhlah orang itu.- BeruangBiru