Berita baik kepada rakyat Malaysia yang memohon BR1M baru-baru ini yang mengeluh tidak menerima bantuan tersebut pada tahun ini sedangkan mereka menerimanya pada tahun lepas pasti lega apabila Menteri Kewangan ke-2 membuat penjelasan lanjut hari.
Menteri Kewangan ke-2, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Seramai 705,562 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak menerima bantuan itu pada bulan lalu, akan mula mendapatnya secara berperingkat mulai minggu depan dan bantuan berkenaan akan terus dimasukkan ke dalam akaun mereka ujarnya.
Bagaimanapun, mereka diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan buku atau penyata kewangan sebagai bukti pendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah untuk memastikan mereka menerima bantuan peringkat kedua BR1M pada Jun ini.
Katanya, mereka yang masih tidak mengetahui kriteria dan kelayakan untuk menerima BR1M boleh mendapatkan maklumat lanjut dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Kira-kita 600,000 pemohon pula tidak menerima bantuan kerajaan itu kerana disahkan berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke atas.
"Malah, dakwaan segelintir pihak sebelum ini kononnya mereka tidak menerima bantuan BR1M kerana berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah tidak benar.
"Kita nak betulkan persepsi orang ramai, kita beri kepada mereka yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah, tidak kisah mereka berdaftar atau tidak (dengan SSM)," katanya ketika sidang akhbar pagi tadi.
Pemohon BR1M yang gagal menerima bantuan itu boleh mengemukakan rayuan di semua cawangan LHDN mulai 3 April hingga 31 Mei tahun ini.
Back to top