Benarlah laporan satu agensi media iaitu South China Morning Post (South China), yang berpangkalan di Hong Kong yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umpama "big bank", terlalu besar untuk gagal.
South China dalam tulisan pada Ogos 2016 itu menyatakan Dato Seri Najib terus bertahan biarpun diasak dengan begitu hebat dari segenap segi oleh Mahathir.
Dato Seri Najib terus kuat bagaikan bank yang besar biarpun dilanda kritikan, tuduhan dan ujian umpama dilanda badai yang besar.
Dato Seri Najib tetap tenang di dalam hati dan di wajahnya, beliau terus mentadbir negara dengan seperti biasa dikala ujian dan badai sedang melanda.Andaian terbaru Mahathir benar-benar meleset sama sekali. Beliau mendakwa Malaysia gagal menangani krisis diplomatik dengan Korea Utara.
Ekoran pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada Pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, situasi Kuala Lumpur berada dalam keadaan tegang dengan Pyongyang.
Pyongyang enggan siasatan diteruskan dan mayat mangsa diserahkan kepada mereka tetapi Malaysia bertegas mengikut proses undang-undang siasatan kes bunuh dan semua perkara perlu dipatuhi bukannya menurut kehendak negara komunis itu. Ketegangan berlarutan sehingga Korea Utara mengenakan larangan rakyat Malaysia di sana tidak boleh meninggalkan negara itu dan Malaysia bertindak balas dengan mengenakan larangan sama kepada semua rakyat Korea Utara di Malaysia.
Hasil kebijaksanaan Najib, Malaysia dapat memastikan dua orang rakyat kita yang bertugas di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy telah berjaya dibenarkan keluar dari Pyongyang dan difahamkan telah selamat sampai di Beijing, China. Beliau juga berjaya memastikan baki sembilan rakyat Malaysia di negara komunis itu yang bekerja untuk Kedutaan Malaysia di Korea Utara terus berada dalam keadaan selamat sementara Malaysia berunding untuk mencari penyelesaian terbaik.
Tuduhan Mahathir sekali lagi jauh tersasar. Fakta sudah terbukti, banyak krisis besar sudah berjaya diselesaikan hasil kebijaksanaan Najib. Krisis Lahad Datu ditanggani secara berkesan untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan negara.Insiden nahas Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah menyatukan beberapa kuasa besar dunia untuk membantu Malaysia mengesan lokasi pesawat berkenaan dan ia merupakan antara operasi mencari yang terbesar di dunia.
Nahas MH17 pula membuktikan hasil perbincangan diplomasi, Najib berjaya memastikan kumpulan pemberontak di sempadan Rusia-Ukraine membenarkan kesemua jenazah nahas rakyat Malaysia dan dua kotak hitam pesawat berkenaan boleh diserahkan kepada Malaysia. Bagaimana Najib menyelesaikan masalah serangan di Lahad Datu, Sabah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan masalah rakyat semuanya sudah terbukti Najib kekal utuh dan kuat biarpun dilanda pelbagai ujian.
Dr Mahathir membuat tuduhan melulu hanya untuk membuatkan rakyat berpandangan negatif kepada Najib dan kerajaan supaya mereka tidak lagi mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Sekalipun, Dr Mahathir adalah bekas mentor kepada Najib ketika beliau menjadi Perdana Menteri, sedikit pun Najib tidak terkesan dengan perkara itu dan terus mentadbir negara dengan baik serta cekap.
Apa lagi cabaran dan ujian yang akan bakal mendatang? Bulan ini, rakyat Malaysia melihat sendiri bagaimana Dato Seri Najib menggunakan dengan baik diplomasi politiknya. Dengan Raja Salman, berjaya menarik pelaburan RM31 billion ke Malaysia. Dengan Korea Utara, Dato Seri Najib berjaya membawa pulang dua daripada sebelas rakyat Malaysia yang telah ditahan.
BR1M sudah dinikmati. Kestabilan ekonomi dan keamanan negara berjaya dikekalkan. Bersatu hatilah semua rakyat, bersama kita membantu Dato Seri Najib memimpin negara menghadapi apa jua badai yang bakal melanda selepas ini.
Jangan biarkan pemimpin kita keseorangan. Ayuh berganding tangan bersama hadapi badai, taufan dan ribut yang datang sekali pun.
Tulisan :
Beruang Biru
BB322, Jumaat
10 Mac 2017