Tuesday, 7 February 2017
Zaid Alat Terbaru DAP Tarik Sokongan Melayu
By @MNA at 18:57:00
Penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP hanya untuk menarik sokongan orang Melayu terhadap parti itu. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata langkah DAP itu juga bertujuan mengaburi mata rakyat serta menghilangkan ketakutan khususnya orang Melayu terhadap parti berkenaan. "DAP kini berdepan dengan krisis keyakinan sokongan orang Melayu.
Keputusan PAS enggan kembali bersama parti itu adalah tamparan cukup hebat buat DAP dalam usaha meraih sokongan orang Melayu. "Ditambah lagi dengan kegagalan Parti Amanah Negara memainkan peranan dalam menarik undi Melayu, maka membawa masuk tokoh Melayu adalah satu pendekatan munasabah untuk mengurangkan sedikit ketakutan pengundi Melayu terhadap DAP," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Sohaimi berkata,
keputusan Zaid menyertai DAP juga bukan kerana asas perjuangannya yang kukuh, sebaliknya DAP terdesak untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) yang semakin hampir. Beliau berkata, kenyataan PAS yang secara terbuka baru-baru ini mendedahkan wajah sebenar DAP yang anti-Islam cukup memberi kesan terhadap parti itu. "Oleh itu rakyat khususnya orang Melayu diingatkan supaya tidak terpedaya dengan permainan politik murahan DAP. "Apa yang menimpa PAS seharusnya menjadi iktibar buat kita semua.
Adakah kita mahu menyokong sebuah parti yang bersikap perkauman dan anti-Islam seperti didedahkan PAS," katanya.
Related Posts:
Adam Rosly Didakwa Kes Rasuah,Ramai Pemimpin Pembangkang Gabra Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly akan didakwa hari ini di mahkamah mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (… Read More
Serangan Mahathir Sudah Tidak Relevan Dan Ternyata Sia-Sia Kenapa serangan Tun M keatas Najib kali ini nampak kurang berjaya? Tidak seperti zaman Pak Lah?Pertama sekali kita kena kaji siapa belakang Tun M kali ini. Dalam satu perjumpaan tertutup bersama jentera siber BN selepas PR… Read More
Kotak, Curi Parti & Jubin, Pembohongan Ezam & Khairuddin Sudah Terbongkar Pada tahun 1998, selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Mahathir, Ezam Mohd Nor begitu lantang mempertahankan Anwar dan mengkritik Mahathir. Cerita pembohongan paling sen… Read More
Tujuh Ekor Rusa Tetamu Istimewa Melawat Parlimen Tujuh ekor rusa juga berminat melawat masuk ke kawasan Parlimen . Parlimen hari ini menerima kunjungan 'pelawat' luar biasa dan istimewa, terdiri daripada sekumpulan rusa yang secara tiba-tiba dilihat bermain-… Read More
Siasatan Kes Kerugian Bank Negara Malaysia Anwar Ibrahim Dipanggil Beri Keterangan Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas siasatan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam aktiviti spekulasi mata wang asing pada tahun 19… Read More