Wednesday, 8 February 2017
Wanita Mampu Galas Tugas Sebagai Ketua Kampung
By @MNA at 23:16:00
Esah Ahmad mencipta sejarah selepas beliau dilantik sebagai ketua kampung wanita yang pertama di Perak pada tahun 2016. Wanita berusia 56 tahun itu telah membuktikan bahawa jantina bukan menentukan kebolehan kepimpinan seseorang.
Daripada 810 orang ketua kampung yang menerima watikah perlantikan dalam majlis di Ipoh tahun 2015 yang lalu, Esah Ahmad adalah satu-satunya penerima wanita. Dengan berbekalkan pengalamannya, beliau yakin akan dapat melaksanakan tugas-tugas dengan sebaiknya.
Wanita pertama yang dilantik menjadi ketua kampung ini ditugaskan di Kampung Balun yang berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Behrang. Esah Ahmad adalah diantara 288 orang daripada kaum Melayu yang baru dilantik untuk menggalas tanggungjawab itu bagi tempoh dua tahun mulai Januari 2016.
Beliau diangkat menjadi ketua kampung kerana beliau merupakan seorang yang sangat rajin serta bergiat begitu aktif dalam hal ehwal kemasyarakatan dan mendapat penerimaan dan sokongan dari penduduk kampung itu sendiri.
Membanteras isu-isu sosial dan menjaga kebajikan penduduk kampungnya, itulah antara azam ketua kampung wanita pertama di negeri Perak ini.
Lantikan ini merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan negeri untuk mengupayakan golongan wanita. Sekiranya wanita mempunyai kemampuan untuk mengendalikan tugas sebagai ketua kampung, mereka tidak boleh dihalang atas faktor jantina. Wanita di Perak bukan calang-calang orangnya.
Related Posts:
Jangan Biarkan Perbezaan Pendapat Cemarkan Parti - Najib Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh anggota parti untuk tidak membiarkan perbezaan pendapat dan ketidaksefahaman mencemar keharmonian parti.Perdana Menteri berkata sesuatu isu itu perlu diselesaikan sec… Read More
Amanat PM Buat Pengurusan Tertinggi BN Selangor Untuk PRK P.093 Sungai Besar 1- Momentum kemenangan BN di Sarawak sesuatu yg positif. Mengharapkan ianya akan melimpah ke Semenanjung terutamanya di Sg Besar dan Kuala Kangsar. 2- PRK Sg Besar sangat signifikan. Boleh dianggap sebagai pembuka ti… Read More
Bersatu, Nasional Dan Kesetiaan Asas Kekuatan UMNO - Najib KUALA LUMPUR - Bersatu, nasional dan kesetiaan - itu tiga asas yang menjadi formula kekuatan UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 sehingga menjadi parti paling berjaya di dunia sehingga hari ini.Menurut Presiden UMNO … Read More
Abdul Aziz Tapa, Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016 KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Aziz Tapa dianugerahi Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016 pada majlis sambutan Hari UMNO ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.Anugerah itu yang disampaikan Perdana Me… Read More
BN Bersiap Siaga Hadapi PRK Parlimen Sungai Besar - Ketua Penerangan UMNO SABAK BERNAM, - Barisan Nasional (BN) telah bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. Bel… Read More