Tuesday, 7 February 2017

Keturunan Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang


Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, Tun Haji Abdul Razak bin YDH Dato' Hussein mengiringi KDYMM Almarhum Sultan Abu Bakar menghadiri Majlis Mesyuarat Negeri Pahang pada 2 Februari 1955

Baru-baru ini saya bertemu dengan sebuah blog yang sangat bermanfaat kepada peminat sejarah Pahang iaitu :



Blog ini dikelolakan oleh anakanda kepada Y.A.M Almarhumah Tengku Dato' Putri Kamariah binti Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah iaitu YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.


Seperkara yang menarik yang ingin saya kongsikan hasil dari kajian blog tersebut, terdapatnya susunan susur galur salasilah keturunan Orang Kaya Indera Shahbandar YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib seperti berikut :

1. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-11, YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak

2. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, YDH Tun Haji Abdul Razak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, Dato' Hussein


3. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, YDH Dato' Hussein bin Awang Muhammad Taib (gambar atas)

4. Awang Muhammad Taib bin Tuan Hakim Haji Andak

5. Tuan Hakim Haji Andak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6, Hussain

6. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6 YDH Hussain bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, Jahidin @ Chalidin

7. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5 YDH Jahidin @ Chalidin bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3, Bediman

8. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3 YDH Bediman bin Orang Kaya Indera Shahbandar 1, Tondek @ Tunduk

* Gelaran turun-temurun keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib ini pernah terputus kerana jatuh ke tangan Che Osman, yang merupakan anak kepada Imam Perang Indera Mahkota Gendut. Namun gelar tersebut dikembalikan semula pada tahun 1930 kepada jalur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib (rujuk Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, hlm. 5).

Salasilah Orang Kaya Indera Shahbandar YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib Berketurunan Bugis

Menurut YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail, keturunan Bugis Dato' Sri Haji Mohd. Najib adalah dari Che Embong yang berkahwin dengan Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, YDH Jahidin @ Chalidin. Che Embong binti Orang Kaya Indera Shahbandar ke-2, YDH Jenal yang berkahwin dengan Che Mas binti Tok Pondek bin Tok Pongkeng bin Tok Tuan @ Karaeng Aji @ Karaeng Agang Jene Mohammad Nasiruddin bin La Pattau Arumpone Bone bin Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakung Raja Gowa 19 bin I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Jika merujuk pula kepada buku tulisan Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, dinyatakan pula bahawa Dato' Hussein (ayahanda Tun Abdul Razak) berasal dari keturunan To' Tuan, seorang bangsawan Bugis yang datang ke Pahang pada tahun 1772 dan berkahwin dengan seorang gadis Pahang. To' Tuan menetap di Pahang dengan membuka perusahaan tenun sutera.

(rujuk : http://pancapersada.blogspot.com/2009/09/sejarah-tenunan-sutera-pahang.html).


Cicit perempuan To' Tuan iaitu To' Mas telah berkahwin dengan To' Bandar Jenal (Orang Kaya Indera Shahbandar ke-2) iaitu anak kepada To' Tondek (hlm. 5). Bonda kepada Tun Abdul Razak pula iaitu Teh Fatimah binti Daud (gambar sebelah) merupakan keturunan Sultan Hasanuddin yang memerintah Sulawesi pada pertengahan kurun ke-17 (rujuk lawatan Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak ke Ujung Pandang, Sulawesi pada 2 Mei 1972).
Selain itu, disebut juga susur galur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib dari keturunan bangsawan Johor – Bugis yang berhijrah ke Pahang dalam kurun ke-18. Justeru tidak hairanlah tatkala Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak belayar menggunakan K.D Hang Tuah ke Sulawesi pada tahun 1972, beliau telah disambut sebagai wira. Ketika itu beliau telah dianugerahkan gelaran bangsawan Bugis, La Tatta Ambralla Daeng Manesa (Perkasa, Pahlawan, Tetap Sekali, Teguh Pendirian dan Laksamana), dipakaikan songkok kehormatan tertinggi Bugis, disisipkan keris pusaka bersalut emas berusia 200 tahun dan dihadiahkan sebuah kapal layar Bugis (penisi) dengan kemampuan muatan 70 tan (rujuk Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, hlm. 56).


Barisan hulubalang Bugis menyambut Abdul Razak sebagai kepulangan anak Bugis dari pelayaran yang penuh kejayaan


Gabenor Sulawesi Selatan, Ahmad Chamil keris pusaka bersalut emas berusia 200 tahun bersempena pengurniaan gelaran La Tatta Ambarala Daeng Manesa

http://pancapersada.blogspot.my/

Related Posts: