Tuesday, 7 February 2017

Rumah Mampu Dimiliki Dengan Syarat Jadi Wilayah


Umum sudah mengetahui bahawa harga rumah di Pulau Pinang kini merupakan yang paling tinggi didalam negara. Rakyat Pulau Pinang khususnya anak-anak muda lepasan Pusat Pengajian Tinggi sering meluahkan rungutan berkenaan ketidakmampuan mereka untuk memiliki rumah sendiri walaupun sudah lama berkerja.
Menurut kajian yang dilakukan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO), harga rumah di negeri ini merupakan yang termahal didalam negara dengan purata seunit mencecah hingga RM540,000 tahun lalu iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.
Trend harga rumah yang terlalu tinggi di Pulau Pinang ini bukan saja menyebabkan golongan bawahan tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, malah golongan pertengahan juga turut mengalami nasib sama.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pula mendedahkan bahawa pemaju di Pulau Pinang pula hanya berminat untuk membina rumah mewah bagi mengaut keuntungan, berbanding membina rumah mampu milik yang diperlukan oleh kebanyakan penduduk negeri.
Kajian berkenaan turut mendedahkan bahawa rumah mewah di negeri ini dibina bagi memenuhi permintaan pelabur asing dan juga spekulator luar, bukannya dibina untuk keperluan rakyat Pulau Pinang.
Ini yang menyebabkan cadangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan seperti Putrajaya dan Labuan dilontarkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor beberapa hari lalu.
Menurut Bernama, Tengku Adnan berkata beralih Pulau Pinang sebagai wilayah persekutuan boleh membantu menjadikan pemilikan rumah mampu milik.
Beliau juga mengataan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang bertanggungjawab membenarkan harga rumah di negeri ini meningkat mendadak dan tidak melakukan sebarang usaha bagi menangani rintihan rakyat yang mahukan rumah mampu milik.
“Jika BN boleh melakukannya, pasti kerajaan Pulau Pinang juga boleh melakukannya. Saya terkejut dengan tindak balas DAP,” ujar beliau.
“Skim rumah mampu milik BN telah memastikan bahawa pemaju tidak sewenang-wenangnya menetapkan harga yang tinggi..” jelas beliau ketika menjelaskan polis kerajaan BN didalam menangani isu kenaikan harga rumah.
Jika cadangan menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan menjadi realiti, rakyat Pulau Pinang dijanjikan harga rumah yang berpatutan dan pemilikan rumah yang lebih mudah berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan DAP sekarang ini.