Tuesday, 31 January 2017

Rafizi Lagak Bagai Bomoh Tentukan Nasib Parti Dalam PRU


UMNO sebuah parti yang punya asas yang kukuh dan telah lama bertapak. Telah terbukti dengan pencapaian pelbagai kejayaan di dalam negara mahu pun di luar negara. Kaji selidik yang dibuat langsung tidak terjejaskan UMNO dengan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mennyatakan sokongan orang Melayu terhadap parti itu jatuh mendadak. Hebat sangatkah Rafizi..? Lagak bagai bomoh mahu tentukan nasib parti yang akan bertanding di dalam PRU.

 Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah ini kerana usaha tersebut dengan jelas hanya bertujuan untuk melemahkan jentera parti UMNO.
Tambah beliau, pandangan Rafizi itu tidak perlu diambil kira kerana tuduhannya sering tersasar sekaligus sukar untuk dipercayai.

“Mungkin beliau melihat ketika ini perpaduan dan kekuatan UMNO berada pada tahap terbaik dan sebab itu beliau cuba memberi gambaran UMNO lemah dan tidak kuat.

“Itu hak Rafizi untuk berkata apa pun kerana UMNO mempunyai cara tersendiri untuk mengukur kekuatan parti. Saya yakin, UMNO tidak akan terkesan dengan kenyataan beliau apatah lagi dapatan kajian itu tidak bersandarkan pada fakta yang tepat,” katanya.

Baru-baru ini, Rafizi telah mengemukakan keputusan kajian yang membuktikan sokongan Melayu kepada Umno dan BN jatuh mendadak kepada 40 peratus.

Beliau turut yakin, keputusan memberi peluang cerah kepada Pakatan Harapan memenangi PRU14 walaupun terdapat pertembungan tiga penjuru.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, usaha itu bukanlah perkara baharu, malah beberapa kajian lain turut dilakukan terhadap UMNO selama ini.

“Sebelum PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita juga dengar bagaimana kajian yang menunjukkan UMNO akan kalah. Apabila keputusan dikeluarkan perkara sebaliknya berlaku malah BN menang selesa,” ujarnya.

“Selagi kita bekerja untuk rakyat saya yakin UMNO mampu menafikan kajian seumpama ini.”

Related Posts: