
PARIT BUNTAR: Lebih 200 penunggang motosikal menerima bekalan minyak petrol percuma yang disumbangkan Pergerakan Pemuda UMNO Parit Buntar di Stesen Minyak Petronas Kuala Kurau di sini, malam ini. Bermula jam 8 malam hingga sekitar jam 9.15 malam, penunggang motosikal beratur sejauh hampir 30 meter bagi mendapatkan bekalan minyak petrol percuma itu.
Ketua Pemuda UMNO Parit Buntar, Muammar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, berikutan kenaikan harga minyak petrol bermula tengah malam semalam, pihaknya tampil bagi meringankan beban rakyat dengan setiap penunggang motosikal menerima bekalan minyak petrol berjumlah RM5 seorang.
"Ini adalah program kedua dilakukan, sebelum ini kami turut memberikan petrol penuh percuma kepada lebih 100 penunggang motosikal di Stesen Minyak Petronas pusat bandar Parit Buntar. "Program ini bakal diadakan setiap bulan di lokasi berbeza dengan satu tujuan iaitu untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga minyak," katanya ketika ditemui di sini,
