Friday 8 April 2016

Mat Sabu Di Selar Pelajar Sains Politik...

mat sabu amanah

Seorang pelajar sebuah universiti tempatan menyelar tindakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu yang membuat kenyataan bahawa rakyat tidak perlu takut dengan pemimpin Cina.

Pelajar jurusan sains politik yang hanya mahu dikenali dengan nama Ahmad itu menghubungi Suara TV dan menyifatkan, tindakan Mat Sabu kurang matang untuk terus berada di persada politik tanah air.

Beliau berkata, dengan mengaitkan isu rasis dan ketuanan yang dipolemikkan oleh parti Melayu membuktikan Mat Sabu hanya pandai membuat spekulasi demi memburukkan sesebuah parti.

“Spekulasi itu lebih kepada percaturan politiknya yang tidak stabil,”katanya ketika menghubungi SuaraTV sebentar tadi.

Terdahulu, Mat Sabu menyifatkan masyarakat Melayu telah dipolemikkan oleh parti Umno dengan isu ketuanan Cina yang semakin berkembang di Malaysia.

“Orang Melayu terlalu takut dengan bangsa Cina. Kenapa nak takut? Kita tidak perlu takut. Mereka bangsa Cina dahlah beranak tak ramai. Kahwin juga tak ramai. Contohnya ramai pimpinan Cina masih lagi tidak berkahwin, contohnya Tony Pua,”katanya yang turut menyebut beberapa pemimpin wanita Cina yang masih belum berkahwin.

Beliau berkata demikian di majlis Bebas Anwar, Undur Najib yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah dua minggu lalu.-SuaraTV