Friday 8 April 2016

Rafizi Kini Ditahan Di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah berbeza pada Jumaat atas tiga pertuduhan berlainan termasuk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini terhadap dua pertuduhan bawah OSA, menurut beberapa laporan portal berita tempatan.
Rafizi didakwa mendedahkan dokumen sulit pihak kerajaan pada 24 dan 24 di Parlimen yang mengaitkan firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan mengarahkan dokumen tersebut perlu dibekalkan kepada pihak mahkamah pada 14 April ini. Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 29 April depan.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abazafree Abbas mengikut Seksyen 8 OSA 1972 .
Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa, yang baru-baru ini pernah dipanggil polis atas kes fitnah kulit depan majalah TIME; bertindak sebagai peguam bela dengan sembilan yang lain mewakili Rafizi.
Beliau selepas itu kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pula untuk berdepan dengan satu lagi pertuduhan lain di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan atas tuduhan fitnah jenayah.
Rafizi ditahan pihak polis di depan pintu bangunan Parlimen pada pukul 6.20 petang Selasa untuk siasatan di bawah OSA berhubung dakwaan beliau terhadap LTAT dan ditahan reman selama tiga hari.
Beliau mendakwa, kaitan tersebut konon mungkin menjejaskan keupayaan pihak LTAT sendiri untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara daripada perkhidmatan.
Menurut Rafizi, pendedahan itu konon terpaksa dibuat berikutan LTAT tidak pernah berterus terang menjawab dakwaannya yang menerima aduan daripada pesara tentera masih belum dibayar caruman.
Beliau berkata, 12,000 pesara tentera terlibat sejak tahun 2014 dan menuntut Ketua Eksekutif LTAT, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin meletakkan jawatan kerana didakwa mempunyai konflik kepentingan.
Sementara itu, pada Khamis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kicauan akaun Twitter rasminya mengesahkan Rafizi tidak pernah pun digari sepanjang tempoh beliau ditahan.
“Hentikan tuduhan,” kata Khalid sebagai mengulas komen netizen media sosial yang mulanya bersimpati dengan Rafizi apabila hadir di mahkamah konon tangannya “digari” ke belakang pada Rabu lalu.
Rafizi turut tersenyum ‘kambing’ sambil berjalan dengan kedua-dua tangan di belakangnya seolah-olah telah digari oleh anggota polis yang mengiringinya dari kenderaan ke bilik mahkamah Putrajaya.
Namun rakaman video yang viral itu kemudiannya mendapati Rafizi hanya ‘berlakon’ seperti digari sahaja demi meraih simpati raih dan menyemai kebencian rakyat kepada kerajaan. –