Friday 8 April 2016

Ada Cerita Baru Dan Akan Kepanasan, Ada DUN DAP Beli Rumah Mewah Tak Sampai Setahun Jadi Wakil Rakyat

oh_tong_keong0310s_620_413_100

Nampaknya, hari ini elok kita tutup dengan cerita panas lagi berkenaan wakil rakyat DAP yang dikatakan hidup mewah dengan kekayaan padahal baru sahaja setahun jadi YB dalam politik di negeri pulau mutiara, Pulau Pinang.
Pendedahan baru ini dibuat oleh parti Gerakan dan mereka mencabar wakil rakyat berkenaan untuk menjawab transaksi pembelian rumah mewahnya yang yang dilihat boleh timbul pelbagai persoalan.
Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata persoalan yang ditimbulkan adalah pembelian sebuah rumah teres tiga tingkat dengan harga RM800,000 oleh wakil rakyat itu yang dibuat tidak lama selepas berjaya menjadi ADUN untuk kali pertama pada 2008.
Semakan parti Gerakan ke atas kes itu mendapati wakil rakyat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kukuh malahan sehingga tahun lalu masih gagal melunaskan pinjaman pendidikannya.
“Saya tidak persoalkan beliau hendak beli rumah tetapi selama ini mereka sering dakwa DAP sangat bersih, jadi wakil rakyat berkenaan perlu tampil mendedahkan prosedur pembelian rumah berkenaan yang terletak di bahagian pulau,” kata Oh dipetik akhbar Utusan Malaysia.
Tambahnya lagi, sebelum rumah teres berkenaan dibeli, wakil rakyat itu yang merupakan seorang ADUN tinggal bersama keluarganya di Georgetown dan hanya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan.
“Selepas menjadi ADUN, beliau juga mampu membeli sebuah kereta import,” katanya.
Jadi, minggu depan minggu baru elok kita berbincang soal ADUN ini yang boleh membeli harta mewah tidak pun lama mana selepas menjadi wakil rakyat menunjukkan ada elemen yang mencurigakan di situ.
Oleh itu, eloklah beliau tampil ke depan adakan sidang media dan jawab pendedahan ini kerana lambat laun ia akan terbongkar juga.