Wednesday 30 March 2016

Surat Pengesahan Keluarga Arab Saudi Keatas Derma

images (1)

Ketika ramai pihak termasuk pembangkang di negara ini mempertikaikan isu derma peribadi yang disumbangkan oleh keluarga Di Raja Arab Saudi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini, pihak berkuasa Arab Saudi telah mendedahkan sekeping surat yang ditanda tangani sendiri oleh Putera Saud Abdulaziz Al Saud yang bertarikh 1 November 2011.
Sebelum ini, ramai pihak dari pembangkang, termasuk Tun Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya mempertikaikan sumbangan ini sehingga Tun M yang selama ini dipandang sebagai seorang negarawan yang dihormati oleh dunia Islam, sanggup melabel individu yang mendermakan wang sebanyak RM 2.6 bilion sebagai “Arab Gila”.

12524361_10209081101770469_1490326943600249527_n

Malah, Tun M dan pembangkang sanggup mengaitkan 1MDB dalam isu ini seolah-olah, Datuk Seri Mohd Najib mencuri wang berkenaan dari 1MDB untuk kepentingan perabadinya. Walaupun sudah berulang kali diberitahu dan dijawab tentang persoalan ini, mereka seolah-olah terlalu bebal untuk menerima kenyataan sebenar.
Menerusi surat berkenaan, Putera Saud Abdulaziz memberitahu, baginda jelas kagum dengan usaha dan komitmen Malaysia dalam menggunakan kaedah prinsip Islam dalam menerangkan keagungan dan keutuhan agama ini di seluruh dunia. Seperti sedia maklum, dunia barat sememangnya sentiasa memandang serong terhadap agama ini sejak insiden 911 dan insiden pengebom bunuh diri.
Menerusi hubungan dua hala yang dibina oleh kedua-dua buah negara sejak beberapa tahun sebelum itu dan beberapa idea bernas untuk digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia, baginda bersetuju untuk menyumbang secara peribadi USD $ 375,000 yang dimasukkan kedalam akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib daripada Blackstone Asia Real Estate Partners Limited.

crown-prince-abdul-aziz-al-saud-of-saudi-arabia-on-his-official-visit-B974EP

Malah menurut surat berkenaan, baginda tidak meminta apa-apa balasan daripada Perdana Menteri. Cukup sekadar Datuk Seri Mohd Najib meneruskan usaha beliau dalam mengembangkan dan mengangkat kesucian agama Islam di seluruh dunia. Malah usaha berterusan Perdana Menteri amat dihargai baginda dan oleh kerana itulah, sumbangan berkenaan diberi.
Surat yang beserta cop rasmi kerajaan Arab Saudi ini pada mulanya dikirimkan menerusi faksmili sebelum surat sebenar tiba ke pejabat Perdana Menteri, kira-kira dua minggu kemudian.
Dalam hal ini, adakah Tun M masih tergamak untuk melabelkan Putera Saud Abdulaziz Al Saud sebagai “Arab Gila”? Pada zaman beliau, bukan sekali beliau diuji dengan sumbangan peribadi oleh keluarga Arab Saudi. Sebagai contoh, salah seorang daripada ahli keluarga Al Saud pernah menyumbangkan USD $ 50 juta kepada beliau untuk membina sebuah masjid di tapak Berjaya Times Square sekarang.

images

Namun, setelah wang berkenaan diterima, usahkan masjid, surau pun tidak dibina di tapak berkenaan. Nyata peristiwa ini cukup memberikan kesan mendalam kepada Keluarga Al Saud sehingga sewaktu beliau menagih sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi untuk membina sebuah Universiti Islam Antarabangsa, beliau hanya mendapat bekalan Al Quran sahaj daripada kerajaan Arab Saudi.
Masih lagi mahu mendakwa sumbangan berkenaan daripada “Arab Gila”? Seperti biasa, Tun M dan kesemua pengikutnya akan memandang sinis surat berkenaan. Malah, mungkin ada yang mengatakan surat berkenaan adalah surat palsu. Namun harus diingat, andai surat berkenaan palsu, impaknya bukan sedikit.
Kerajaan Malaysia berkemungkinan disaman oleh kerajaan Arab Saudi kerana meniru cop mohor kerajaan Arab Saudi. Malah, sejak isu berkenaan dibongkarkan oleh Sarawak Report, walaupun berulang kali Datuk Seri Mohd Najib menyebut sumbangan berkenaan daripada keluarga Al Saud, namun sehingga hari ini, kerajaan Arab Saudi langsung tidak mengheret beliau kemuka pengadilan.