Wednesday 30 March 2016

Jika Guan Eng Berani, Sila Dedahkan Dokumen Taman Manggis

images (7)

Isu dua skandal hartanah yang memaliti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin hari semakin menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya, sehingga bila skandal ini akan menemui titik noktahnya apabila Guan Eng tetap memanipulasikan semua jawapannya, asal beliau nampak bersih dan tidak melakukan kesalahan.
Pelbagai helah dikemukakan untuk mengelakkan rakyat dan media dari terus memainkan isu ini. Antara yang paling melucukan, bagaimana Guan Eng dan Teresa Kok beriya-iay memberitahu, rumah yang dimiliki Guan Eng itu tidak baik dari segi Feng Shui dan sebagainya. Jika itu dakwaan mereka, kenapa membeli rumah berkenaan dan mendiaminya jika tidak elok dari segi feng shui?

download (14)

Bagi isu di Taman Manggis pula, Guan Eng meneruskan “dramanya” dengan mendakwa, tanah berkenaan tidak pernah dicadangkan oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan unit PPR diatas tanah berkenaan. Malah, dia mendakwa, sebuah tanah lain telah disediakan untuk membangunkan projek PPR bagi menggantikan tanah di Taman Manggis.
Adakah benar dakwaan Guan Eng ini? Sekali lagi kenyataan dangkal dari Guan Eng ini begitu mudah dipatahkan. Sebenarnya, tanah yang dicadangkan untuk menggantikan tanah di Taman Manggis ini sebenarnya mahu dibangunkan deretan lot kondominium, bukan unit PPR seperti yang didakwa Guan Eng.
Justeru, jika benar Guan Eng mendakwa akan mendirikan sebuah unit PPR, buktikan. Tidak perlu berterusan memainkan retorik kononnya, pembangunan PPR memang dalam perancangan kerajaan negeri dan sebagainya. Membangunkan unit PPR di Pulau Pinang, bukan hanya terletak kepada rancangan. Tetapi ianya perlu dilaksanakan sepertimana Kerajaan Barisan Nasional lakukan semasa mereka berkuasa.

images (8)

Tindakan Guan ENg yang berterusan bermain kenyataan dan retorik tanpa sebarang bukti yang nyata, kini semakin hari semakin memakan dirinya sendiri. Jika ini berterusan, tidak mustahil Guan ENg adalah Ketua Menteri yang pertama bakal dihukum penjara semasa masih berkuasa.