Wednesday 23 March 2016

Rakyat Ternanti-Nanti Formula Rafizi Dan Tony Pua Untuk Halalkan Banglo Guan Eng

images (13)

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah tidak hairan lagi dengan dua orang kelibat pakar kalkulatif dan formula yang dihasilkan oleh Pakatan Harapan. Mereka adalah “Raja Penipu Malaysia”, Rafizi Ramli dan “Raja Kontroversi Malaysia”, Tony Pua. Kedua-dua mereka ini dilihat sentiasa mengetengahkan pelbagai formula untuk menampakkan kerajaan sentiasa tidak betul dan silap.
Sebagai contoh, formula yang digunakan oleh Rafizi sewaktu mendakwa harga barangan mahal adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak. Begitu juga dengan formulanya tentang kerugian yang ditanggung oleh Tabung Haji. Bagi Tony Pua pula, formulanya tentang 1MDB sentiasa diingatan ramai pihak.

images (12)

Melucukan, walaupun formula-formula yang diketengahkan oleh duua orang ini sentiasa silap dan nyata tidak betul, namun, masih ada diantara rakyat Malaysia yang boleh mempercayai unjuran formula bodoh ini dan menyebarkan kepada umum. Lihat sahaj bagaimana bodohnya mereka mengeluarkan wang simpanan di Tabung Haji semasa Rafizi mendakwa, Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.
Kini, dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ramai yang ternanti-nanti, apakah formula terkini dari dua orang ini bagi menghalalkan pemilikan banglo di Jalan Pinhorn ini. Pastinya, mereka kini sedang sibuk melakukan perkiraan hanya untuk membantu Guan Eng yang kini berada di China untuk menjawab semua pertuduhan berkenaan.
Lebih menarik lagi, pentaksub-pentaksub mereka ini pastinya ternanti-nanti formula terkini yang akan dijawab kepada soalan-soalan yang sedang berlegar-legar hari ini. Sementara ini, kebanyakan pentaksub dan penyokong mereka masih ternanti-nanti formula-formula ciptaan Rafizi dan Tony, malah tidak mustahil juga, Guan Eng sendiri masih menunggu pakar formulanya untuk memberikan jawapan.


Namun, sehingga artikel ini ditulis, baik Rafizi mahupun Tony, mereka lebih senang mendiamkan diri dan mengelak untuk menjawab sebarang soalan berkaitan Guan Eng kerana mereka sendiri tidak tahu, bagaimana untuk menjawab semua soalan ini bagi melindungi kredibiliti Guan Eng dimata masyarakat.