Thursday 10 March 2016

PERJUMPAAN TERTUTUP DI ANTARA TUN MAHATHIR , LIM KIT SIANG DAP & …….



Media melaporkan bahawa ada perjumpaan 
tertutup di antara Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang DAP di sebuah hotel di Serdang.
Selain daripada mereka berdua, ada lagi beberapa individu yang turut hadir.

Kepada yang mengikuti politik negara ini, kita akan dapati Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang DAP berdepan dengan satu senario yang sangat kekok untuk mereka berdua. Sebelum ini, 2 veteran politik ini biasanya bercakap straight to the point.

Tetapi kini mereka terpaksa berkias-kias, berdolak-dalih atau pun beat behind the bush.  
Beat behind the bush 
To talk about something without mentioning it directly or avoid getting to the core of the subject--to try to bring up a subject in a roundabout way. Often motivated from a desire not to speak frankly about the subject.
Inilah yang berlaku apabila kita merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir di blog beliauhttp://chedet.cc/?p=2003 dan temuramah Lim Kit Siang DAP di portal pro-pembangkangSorosKiniMalaysiaKini https://www.malaysiakini.com/news/333304   

Apabila ditanya tentang semua skandal Dr Mahathir hadapi dahulu, Lim Kit Siang DAP tidak dapat menahan pendirian beliau dengan mengaku tiada keraguan mengenai masa lalu, tentang peranan Tun M.

Dan apabila ditanya sama ada Kit Siang DAP akan melupakan segala-gala tikam lidah dan permasalahan beliau dengan Tun M, beliau tidak akan melupakannnya dan berdolak-dalih dengan berkata perkara itu berasingan!

Begitu juga dengan Tun M.

Tun M juga menulis bahawa 'ramai ahli UMNO yang rasa terkilan dan tidak senang melihat Kit Siang dan DAP berada diatas pentas yang sama dengan UMNO dan pemimpinnya, yang lama dan yang baru'.

Sebenarnya ramai pihak termasuk ahli UMNO yang terkilan dan kecewa kepada Tun Dr Mahathir apabila beliau bersekongkol dengan Kit Siang, DAP dan Pakatan Pembangkang.

Malah, sebelum ini Tun M sendiri telah menyatakan pendirian beliau tentang Pembangkang,

"Tidak, saya bekerjasama dengan sesiapa untuk menjatuhkan Najib,pastinya bukan pembangkang. 
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/19/tun-m-najib/  
Tun M sendiri menolak kenyataan beliau sendiri selain daripada bersekongkol dengan pemimpin parti DAP dan pembangkang.
Tun M juga menulis mereka yang menghadiri perjumpaan itu 'bukan sebagai ahli dan pemimpin parti politik atau gerakan, tetapi mereka hadir sebagai “citizen”, rakyat Malaysia'.

Bagaimana Tun M boleh membuat kenyataan ini padahal ada ahli politik yang hadir sebenarnya mewakili parti politik?

Azmin Ali yang hadir untuk menandatangani deklarasi itu mewakili parti PKR.

Saya telah menerima pesanan dari Dato' Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya semalam meminta saya mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam majlis ini dan Presiden Parti, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, telah memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat tentang kehadiran saya sebagai wakil “dalam semangat bersama dalam satu persefahaman bersama untuk membawa perubahan dalam negara.”
Tun M dihina oleh ahli politik PKR
Malah, seperti yang kita semua sedia maklum, ahli politik DAP sendiri telah memperlekehkan Tun M dan deklarasi itu.
Beliau juga berkata, pengisytiharan itu yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang yang sama menurut beliau telah "menghancurkan ekonomi negara dan mentadbir Malaysia melalui cara autokratik".
Ahli politik DAP itu juga mendakwa kita tidak harus lupa bahawa Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini.
"Kita tidak boleh menafikan bahawa selama 22 tahun berkuasa beliau menggunakan undang-undang zalim kepada penentang dan pengkritiknya," katanya. 
"Dr Mahathir memperkenalkan politik wang dalam Umno, mencabul badan kehakiman yang bebas dan menghalang kebebasan media," kata Santiago. 
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/03/06/ahli-parlimen-dap-bidas-deklarasi-rakyat/
Begitu hinanya Tun Mahathir pada pandangan parti chauvinis DAP.

Tun M juga berkata 'anggota DAP sendiri tidak senang dengan kerjasama tersebut'.

MNA percaya bahawa penyokong-penyokong DAP tidak akan kecewa seperti yang dinyatakan oleh Tun M. Mereka tentu lebih gembira dan bertepuk tangan kerana parti DAP telah berjaya menembusi 'kubu' parti UMNO.

Dahulu parti DAP berjaya memecahkan parti PAS hingga terbentuknya parti serpihan PAN. Kali ini, giliran parti UMNO pula.