Tuesday 15 March 2016

Malaysian Insider Kini Tinggal Sejarah

images (23)

Portal yang paling menjadi rujukan bagi pembangkang di Malaysia, termasuk juga bagi para pentaksub Tun Dr Mahathir, Malaysian Insider hari ini secara rasminya ditutup buat selama-lamanya. Penutupan ini berikutan daripada langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyekat portal fitnah ini dari diterbitkan sejak dua minggu yang lalu.

Menerusi kenyataan yang dikemaskini di laman Facebook portal tersebut, Ketua Pengarangnya, Jahabar Sadiq berkata keputusan tersebut dibuat atas sebab komersial selepas portal tersebut beroperasi selama lapan tahun sejak Februari, 2008.

images (24)

Paparan dihalaman portal berkenaan juga mendapati, sidang editorial portal berkenaan memuat naik kenyataan yang berbunyi,
“Selamat tinggal semua pembaca yang jauh dan dekat, dan kepada mereka yang membaca kami di Malaysia meskipun mendapat sekatan daripada kerajaan. Saya berharap kami sudah memberikan khidmat terbaik kepada anda sejak hari pertama penerbitan langsung kami pada 25 Februari, 2008. Dan saya berharap yang lain akan terus memberikan perkhidmatan kepada anda ketika ketiadaan kami.
Kami bekerja sebagai wartawan yang tidak berat sebelah untuk memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dan pembaca lain supaya mereka boleh keputusan yang baik. Kami bekerja untuk membolehkan suara semua pihak didengar. Tetapi kerja kami di The Malaysian Insider kini berakhir dalam Malaysia yang pada masa ini memerlukan lebih banyak lagi kejelasan, ketelusan dan maklumat”.
Bagi pihak pembenci kerajaan pula menganggap penutupan The Malaysian Insider ini merupakan satu kerugian dan satu menifestasi kerajaan dalam menyekat kebebasan bersuara. Namun begitu, mereka harus faham, kebebasan bersuara yang diberikan, bukan bertujuan untuk menggalakkan sikap menyemai kebencian dan menabur fitnah seperti apa yang dilakukan oleh The Malaysian Insider sejak sekian lama.
Hari ini, kekurangan bahan bacaan dikalangan pembangkang dan pro PakaTUN, termasuk pengharaman penerbitan Sarawak Report menyebabkan mereka semakin hilang arah dalam membentuk rangkaian fitnah yang terbaharu. Apa yang tinggal kini hanyalah portal Malaysia Kini dan Free Malaysia Today yang sehingga kini masih giat memutar belitkan banyak kenyataan mengenai kerajaan.