Tuesday 15 March 2016

Kelakar Bila Mat Sabu Kata Siapa Menentang Mahathir Pengecut

unnamed (1)

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu sememangnya dikenali sebagai ahli politik yang sering membuat lawak kelakar dalam siri ceramah-ceramahnya sebelum ini. Kali ini, beliau membuat dakwaan yang lebih kelakar iaitu siapa yang menentang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengecut.
Soalan pertama yang berlegar di minda, bukankah ketika beliau yang mesra dipanggil Mat Sabu berada di dalam PAS, beliau merupakan antara ahli politik yang lantang menentang Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri satu masa dulu.
Mengapa kini,siapa yang menentang bekas Perdana Menteri itu dilabel pengecut?
“Kalau kita hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondan.
“Konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa, bukan lawan orang pencen,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Malam Solidariti Mat Sabu di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, di Ipoh, Perak.
Antara langkah yang didakwa strategi menentang Dr Mahathir ialah menamatkan kontrak beliau sebagai Penasihat Petronas baru-baru ini ekoran tindakannya tidak lagi menyokong kerajaan sekarang.
Selain itu, beliau yang pernah menjadi wakil rakyat Kubang Pasu kini sedang mengetuai satu gerakan yang diberi nama Deklarasi Rakyat : Selamatkan Malaysia bersama dengan parti pembangkang yang sememangnya terkenal dengan kerja menghuru-harakan negara dan memecahbelahkan rakyat negara ini.
Kenyataan beliau jika tidak diberi penjelasan kepada rakyat boleh mewujudkan persepsi negatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas kapasiti Dr Mahathir sebagai seorang tokoh yang pernah menjadi negarawan.
Ia bukanlah satu langkah menentang tetapi lebih kepada memberi penjelasan yang sebenar kepada rakyat berkenaan apakah yang sebenarnya matlamat yang mahu dicapai oleh Dr Mahathir melalui deklarasi ini.
Jadi, bukanlah pengecut jika memberi penjelasan kepada rakyat untuk menghentikan gerakan ini yang mahu menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tindakan menamatkan khidmat Dr Mahathir di Petronas merupakan satu langkah berani dan tegas kerana sebagai seorang yang tidak lagi menyokong kerajaan, seseorang itu tidak boleh lagi memegang jawatan tinggi di dalam sebuah syarikat milik kerajaan (GLC).
Mat Sabu dari PAN merupakan sebahagian dari kerjasama dalam deklarasi yang diketuai Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang lain antaranya dari DAP dan PKR.
Sememangnya, apa yang dikatakan Mat Sabu ini adalah satu kenyataan kelakar dan mencuit hati