Tuesday 15 March 2016

Jika Di Amerika, Dua Petugas ABC Autsralia Pasti Sudah Dicekup CIA


Dua wartawan Australia yang ditahan selepas cuba menceroboh kawalan keselamatan Perdana Menteri pasti akan diberkas agensi risikan Amerika, CIA jika melakukan perkara sama ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS).
Di Malaysia, kawalan keselamatan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak memang ketat tetapi ada sedikit ruang kerana ancaman ke atas beliau masih boleh diatasi oleh pihak berkuasa khususnya Polis. Presiden AS pula berbeza, kerana banyak pihak mungkin ada rasa tidak puas hati dan sering menerima ancaman bunuh.
Jika di sana, pasti dua wartawan Australia berkenaan tidak akan berani melakukan apa-apa. Kini, Presiden AS ialah Barack Obama.
Dua petugas media itu ialah wartawan Linton Besser dan Louis Eroglu yang bertugas untuk agensi media ABC News dari Australia telah melampaui sempadan kawalan keselamatan ke atas Najib di Sarawak dengan alasan mahu menemubual pemimpin nombor satu negara itu.
Kejadian berlaku pada pukul 8.35 malam di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak ketika Najib berada di lokasi itu untuk satu majlis bersama rakyat.
Oleh kerana mereka tahu, kawalan keselamatan untuk Najib berbeza tidak seperti kawalan keselamatn Obama, kerana itulah mereka berani melakukan sedemikian dengan menggunakan alasan bertugas.
Dengar khabar, dua petugas media berkenaan tidak akan didakwa sebaliknya akan dihantar pulang ke negara asal.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata polis telah menerima arahan dari Timbalan Pendakwaraya bahawa tiada tuduhan akan difailkan terhadap kedua-dua mereka.
“Sebaliknya, mereka akan dihantar pulang mengikut Seksyen 18 (3)(h) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum cuba mendekati Perdana Menteri, Besser dan Eroglu berada di Kuala Lumpur pada pagi hari yang sama membuat kecoh di sidang media Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkenaan permohonan maaf isteri mendiang PI Bala, Selvi.
Dari pada mula mereka datang, sudah kelihatan niat dan tujuan mereka untuk bertanyakan soalan-soalan provokasi untuk menjadikan sidang media berkenaan tegang dan kecoh.
Sekali lagi diingatkan, kalau melibatkan sesuatu kejadian di Amerika, Besser dan Eroglu pastinya akan menerima nasib yang lebih teruk daripada apa yang dialami mereka berdua di Malaysia.