Wednesday 24 February 2016

RATUSAN RIBU RINGGIT DIBAZIRKAN UNTUK ANWAR...



PETALING - Bridget Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, yang diketuai oleh Armand Azha Hj Abu Hanifah hari ini membuat dua laporan polis di Balai Polis Damansara Utama, Damansara keatas media rasmi kerajaan Negeri Selangor, akhbar Selangorkini dan juga Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali berhubung tindakan kerajaan negeri tersebut menaikkan papan tanda 'Bebas Anwar' di sekitar negeri tersebut.
Menurut Armand, kandungan papan tanda bertulis 'Bebas Anwar, Bebas Rakyat' itu dianggap mencabar keputusan institusi mahkamah dan undang-undang negara terhadap Datuk Seri Anqar Ibrahim, sekaligus mencetuskan kekeliruan seolah-olah Anwar merupakan tahanan politik.
Tambah Armand, "Terdapat kemungkinan bahawa kerajaan negeri itu telah menyalah gunakan wang rakyat untuk tujuan menaikkan papan-papan tanda tersebut,