Wednesday 24 February 2016

Pelukis Poster Hina PM Kini Di Luar Negara Dan Berdepan Siasatan Polis

Fahmi Reza

Seorang pemuda yang merupakan pelukis imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam rupa seperti badut dengan kata-kata “Kita Semua Penghasut” kini sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Tuan empunya diri memaklumkan berkenaan perkara itu melalui laman Facebooknya semalam.
“Semuanya bermula pada 31 Januari, bila aku keluarkan satu lukisan poster muka badut di Facebook, Instagram dan Twitter yang mengkritik korupsi pemerintah.
“Polis bagi warning dekat Twitter pada hari yang sama, beritahu akaun aku di bawah pengawasan polis,” katanya.


Fahmi Reza

Menurutnya, dia berasa bahawa dia akan didakwa dan akan dihukum kerana melukis poster itu yang nampak jelas keinginannya membuat penghinaan kepada Najib yang merupakan pemimpin negara.
“Jika aku didakwa dan didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan, aku berhadapan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM50,000,” katanya.
Secara kebetulan pula, Fahmi berkata dia sekarang ini berada di luar negara atas satu tugasan dan memaklumkan hanya boleh menaiki pesawat untuk terbang pulang pada hujung minggu ini.
Katanya, pihak PDRM kini sudah memanggilnya untuk memberi keterangan berkaitan kes dan siasatan itu.
Dengan nada sedikit angkuh… “Oleh sebab itu aku dah set temujanji dengan polis untuk pergi ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada hari Ahad pukul 4 petang untuk beri keterangan,” katanya.
Sesetengah pihak sudah meramalkan bahawa Fahmi pasti akan diiringi beberapa ikon pembangkang saat memberikan keterangan kepada polis Ahad ini serta ditemani peguam.
Ikon-ikon inilah yang kemudian akan membuat sidang media selepas keterangan diberikan dan terus mengkritik kerajaan seperti kebiasaan.

-MNA