Sunday 21 February 2016

Pulau Pinang Kini Dikenali Sebagai Pulau Guan Eng

images (14)


Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menunjukkan kuasanya. Kali ini, beliau menjadikan dua orang rakan sekutunya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai mangsa terbaharu beliau. Ini kerana, dua orang berkenaan dilaporkan tidak sependapat dengan beliau sehingga mendorong Guan Eng memecat dua orang ahli PKR dari agensi berkaitan dengan kerajaan negeri.

ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dipecat dari jawatannya sebagau Pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Sdn Bhd berkuat kuasa serta merta. Seorang lagi ahli PKR yang turut menerima nasib yang sama adalah ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang dipecat dari jawatannya sebagai Pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.
download (9)
Inilah yang dinamakan Guan Eng sebagai kebebasan bersuara. Semuanya kerana, ADUN PKR ini bertindak berkecuali daripada mengundi menentang usul UMNO dan Barisan Nasional dalam menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang sewaktu Sidang DUN sekitar bulan November lalu.
Mengulas mengenai hal ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan berkata, tindakan Guan Eng ini seolah-olah mahu menghancurkan PKR dan sekaligus menafikan hak bersuara ADUN PKR dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.
Beliau dilaporkan berkata, Guan Eng jelas tidak menghormati kesepakatan Pakatan Harapan yang mereka telah tandatangani pada sekitar bulan September lalu hanya kerana dua ADUN berkenaan cuba menyampaikan pandangan yang sedikit berbeza dari Lim Guan Eng.

images (15)
Jelas bukan, bagaimana Guan Eng mengamalkan corak pentadbiran Mao Zhidong dan Lee Kuan Yew dalam mengurus tadbir kerajaan negeri Pulau Pinang. Langkah beliau ini samalah ertinya dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hak milik beliau sendiri tanpa seorangpun boleh membantah apa sahaja kemahuannya.
Jadi tidak hairanlah, Pulau Pinang kini dikenali sebagai Pulau Lim Guan Eng dan tidak ada walau seorangpun ADUN mahupun rakyat Pulau ini boleh mempersoalkan setiap tindak tanduk beliau dalam memutuskan sesuatu perkara. Hebatkan DAP Pulau Pinang mengamalkan kebebasan bersuara?