Sunday 21 February 2016

“Prinsip Saya Banyakkan Kawan Dari Musuh,” Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan penglibatan beliau dalam politik pada 21 Februari 1976 dahulu diibaratkan seumpama terjun kedalam tasik yang dalam. Jika untung sabut, timbul, untung batu tenggelam. Itulah ayat yang diungkapkan sewaktu menggambarkan penglibatan awal beliau dalam politik.
Menceritakan detik beliau menceburi politik, semuanya bermula sewaktu ayahanda beliau, Tun Abdul Razak menghembuskan nafas yang terakhir di London. Pada ketika itu, majority ahli UMNO di Pekan bertemu dengan beliau untuk meminta beliau meneruskan legasi Tun Abdul Razak di Parlimen Pekan.
images (8)
Pada masa itu, usianya terlalu muda, iaitu 22 tahun dan 7 bulan. Banyak pertimbangan yang beliau ambil tambahan pula pada ketika itu, ada cakap-cakap yang mengatakan beliau terlalu muda untuk mengambil tempat ayahnya di Pekan. Namun, mengingati kembali sejarah pengorbanan ayahnya, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bertanding.
Disinilah segala-galanya bermula. Beliau mengorak langkah sebagai Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah. Malah beliau juga menegaskan, ianya seolah-olah memperjudikan nasib beliau apabila memilih untuk menjadi ahli politik.
Paling mencuri tumpuan apabila beliau mendedahkan, kenapa beliau menceburi bidang politik. Selain daripada mengikut jejak langkah ayahnya, beliau juga ingin menjadi ahli perniagaan, doctor, pakar ekonomi, pakar pembangunan dan sebagainya. Ini kerana, tugas seorang ahli politik terutamanya menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri adalah mencakupi kesemua elemen pekerjaan yang ada hari ini.
images (9)
Mengulas mengenai pujian tentang sikap sabarnya, beliau mengakui, beliau memang sentiasa mengamalkan sikap berkenaan dalam kehidupan sehariannya. Namun, ia bukan bererti orang mudah untuk memijak kepalanya. Sabar beliau ada batasnya. Jika berterusan diusik, tidak mustahil beliau juga mungkin kehilangan sifat sabarnya dan bertindak sewajarnya mengikut saluran yang betul.
Pada ucapan beliau juga, beliau ada menyentuh sedikit pegangan hidup beliau dalam politik. Ujar beliau, sepanjang menceburi bidang politik, beliau tidak pernah sesekali menjatuhkan lawannya dengan cara kotor, membunuh karektor mahupun memburukkan lawannya. Bagi beliau, beliau lebih senang ramai kawan dari mencipta musuh walaupun seorang.
Tegas beliau, sikap seumpama ini tidak bagus diamalkan dan sehingga kini, rekod beliau didalam UMNO bersih dari sikap suka menjatuhkan orang lain, memburukkan lawan dan membunuh karektor lawan. Sambil menyebut bekas setiausaha politik beliau merangkap Timbalan Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai saksi, beliau menyebut semula tentang sejarah mainan politik kotor pada pemilihan UMNO pada tahun 1993.
images (6)
Pada waktu itu, beliau berkata, terlalu banyak wang ditaburkan kepada perwakilan untuk mengundi calon pilihan pada pemilihan berkenaan. Beliau tidak menyebut sebarang nama, namun para hadirin yang hadir pada jamuan makan malam itu pastinya ingat bagaimana pertembungan sengit antara Tun M dan Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah pada ketika itu.
Satu lagi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan beliau adalah sewaktu UMNO lama diharamkan penubuhannya pada tahun 1987. Pada ketika itu, kira-kira 50 peratus Bahagian UMNO enggan lagi menyokong Tun M selaku Presiden UMNO sehingga memaksa UMNO diharamkan penubuhannya.
Disaat kekalutan itulah, Datuk Seri Mohd Najib selaku Ketua Pemuda UMNO pada masa itu, mengambil inisiatif menganjurkan satu program bagi mencari ahli baru UMNO disaat jentera Wanita dan UMNO enggan lagi bekerjasama dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir.
images (10)
Hasil daripada program itu, beliau membawa seramai 10,000 permohonan baru untuk menjadi ahli UMNO baru dan akhirnya kemelut berkenaan dapat diselesaikan hasil daripada usaha keras Pemuda UMNO pada ketika itu. Namun semuanya kini tinggal kenangan dan Tun M sendiri langsung enggan lagi mengingati jasa yang pernah ditaburkan oleh Datuk Seri Mohd Najib.
Inilah serba sedikit corat coret kehidupan Datuk Seri Mohd Najib dalam arena politik tanahair. Tidak banyak yang boleh diperkatakan dalam ucapan yang memakan masa 22 minit dan 38 saat ini. Namun serba sedikit sejarah yang dibuka diharap mampu menyedarkan ahli UMNO bahawa beliau bukan sahaja Presiden UMNO namun beliau juga adalah individu yang menyelamatkan UMNO dari terus terkubur.