Sunday 21 February 2016

Majlis Harijadi Lim Kit Siang, Medan Pemimpin DAP Menunjukkan Kemewahan


Heboh diperkatakan bagaimana Tun Dr Mahathir mengungkit semula majlis perkahwinan anak perempuan beliau dengan jejaka dari Kazakhstan pada pertengahan tahun lepas yang dikatakan diadakan dalam keadaan cukup mewah dan eksklusif. Malah jumlah hantaran juga turut dipertikaikan Tun M hanya semata-mata mewajarkan serangan terhadap Datuk Sei Mohd Najib.
Namun kelmarin, senarionya jauh lebih mewah dan eksklusif. Hanya semata-mata mahu menyambut majlis hari jadi bagi seorang ahli politik tua, belanja mengurusnya melebihi RM 1.5 juta. Jumlah yang begitu besar disediakan hanya semata-mata mengadakan sambutan hari jadi. Hebat bukan?
12715233_1703620436517908_7805001723833462321_n
Inilah yang berlaku sewaktu Lim Guan Eng dilaporkan menganjurkan majlis hari jadi bagi Penasihat DAP dan ayah beliau sendiri. Tampil dengan penuh elegan dengan perhiasan yang cukup mahal, majlis ini dijadikan medan bagi ahli dan pemimpin DAP memperagakan kemewahan mereka kepada rakyat Pulau Pinang yang rata-rata mengeluh dihimpit tekanan kos sara hidup.
Majlis ini juga sekali lagi mengulangi skrip yang sama sewaktu Tun Dr Mahathir diraikan dalam satu majlis harijadi untuk ke 90 tahun, yang ditaja sepenuhnya oleh mereka yang berkepentingan dengan beliau. Majlis harijadi yang menelan kos sebanyak hampir RM 7.5 juta yang diadakan di Arena All Stars, Genting Highlands masih kekal diingatan ramai rakyat Malaysia.
Bukan mencemburui majlis grand seumpama ini, namun timbul beberapa persoalan. Adakah ini tidak cukup mewah bagi seorang ahli politik tua menyambut harijadinya dengan cukup mewah dan besar-besaran atas alasan berjasa kepada negara?
download (8)
Jika mereka mengatakan harus menyambutnya dengan besar-besaran, apa yang membuatkan mereka begitu meroyan apabila Perdana Menteri meraikan majlis perkahwinan anaknya sekali dalam seumur hidup mereka? Adakah wujud double standard dalam hal ini?
Sebelum Tun M memilih untuk mengkritik majlis perkahwinan Nooryana Najwa dan Daniyar Kesikkba, renungkan diri beliau sendiri terlebih dahulu. Wajarkah menyambut harijadinya secara terlalu mewah? Paling utama, adakah beliau tidak berminat untuk menghentam Kit Siang dalam majlis harijadi besar-besaran seumpama ini?