Tuesday 9 February 2016

PEMBAHAGIAN KERUSI MASIH MENJADI TOPIK UTAMA PAKATAN HARAPAN, BEREBUT ATAU BERALAH

9 FEB: Bersatu tetapi tidak semestinya sepakat.

Itulah ungkapan yang sesuai kepada pakatan pembangkang yang telah bergabung di bawah Pakatan Harapan yang sehingga kini tidak melibatkan PAS namun masih banyak percanggahan yang berlaku terutamanya membabitkan pembahagian kerusi parlimen mahupun DUN.

Rata-rata ramai yang menjangkakan akan berlaku beberapa pertembungan sesama mereka memandangkan sifat tamak yang lebih menguasai diri berbanding muhasabah demi memastikan ikatan yang dimeterai terus kukuh.

Contoh paling dekat adalah dengan menjelangnya Pilihan Raya Negeri Sarawak apabila DAP telah mengumumkan akan bertanding di semua kerusi tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan dalam pakatannya.

Manakala di Selangor pula Setiausaha PKR negeri, Amiruddin Shaari memaklumkan sehingga kini tiada sebarang perbincangan mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Katanya, sebarang perbincangan masih di peringkat awal untuk diputuskan oleh kepimpinan Pakatan Harapan.

"Perbincangan (pembahagian kerusi) di peringkat negeri masih belum berjalan. Masing-masing sedang berusaha untuk perkukuhkan parti jadi saya ingat terlalu awal untuk kita bincang untuk bertanding di kerusi mana.

"Kita kena buktikan kita punya keupayaan di kawasan masing-masing dan bila sampai masanya kita akan berbincang, setahu saya tidak ada lagi perbincangan dengan DAP dan PKR (oleh PAN)," katanya kepada portalAntarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mendakwa AMANAH tidak mendapat laluan untuk bertanding di kerusi yang dimiliki PKR dan DAP.

Disebabkan itu AMANAH berhasrat untuk bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen milik PAS pada PRU akan datang, dakwa Iskandar.

"Itu saya tidak pasti. Yang pastinya memang setakat ini memang tiada perbincangan bahawa AMANAH mahu kerusi mana untuk ditandingi dan bagi kami (PKR) masih terlalu awal untuk PH bincangkan hal ini, yang pentingnya sekarang kita laksanakan dasar-dasar kerajaan negeri yang telah diputuskan. Itu lebih penting," jelas ADUN Batu Caves itu.

Dalam Perjanjian PH yang dimeterai 9 Januari lalu, gabungan itu bersetuju untuk meletakkan hanya satu calon di setiap kerusi DUN dan Parlimen bagi mengelakkan pertembungan kerusi antara PKR, DAP dan AMANAH.

Bagaimanapun perjanjian itu tidak termaktub kepada PAS kerana ia bukan sebahagian daripada PH, yang hanya menjalinkan kerjasama dengan PKR.

Dalam laporan semalam mendakwa bahawa AMANAH Selangor sedia meletakkan calon di semua kerusi DUN dan Parlimen yang kini disandang PAS.

Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim berkata, usaha mengenal pasti calon-calon mereka akan diperhalusi menjelang bulan Ramadan tahun ini.

Share This:

  

Berita Bertarikh Pada 3:34 PM

Berita Keseluruhan Kategori Berita Utama »

Berita Terkini

Ombak besar sekat banjir daripada pulih di Kuching

Pembahagian kerusi masih menjadi topik utama Pakatan Harapan, berebut atau beralah

Bangladesh lulus MoU bekal 1.5 juta pekerja ke Malaysia

Guru sekolah agama cedera ditikam anak kurang siuman

ADUN Paya Jaras kesal pakai kostum dewa Cina

SKMM siasat notis parodi guna nama palsu

PAC: Prosiding 1MDB terakhir 11, 12 Februari ini maklumat cukup untuk rumusan

DAP nafi pemimpin PAS tonton video lucah di Jerman