Tuesday 9 February 2016

MATRADE Mahu Lebih Aktif Raih Keuntungan Dari TPPA


KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersedia untuk lebih agresif meraih manfaat daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), terutama di pasaran yang belum ada perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia.

Untuk itu, agensi promosi perdagangan negara ini telah menggubal strategi termasuk bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pembeli berpotensi tentang produk dan perkhidmatan Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dzulkifli Mahmud.

"Kami memang berusaha dengan agresif selama ini, namun kini kami akan lebih agresif. Sebenarnya Malaysia memiliki semua keupayaan (untuk memasarkan barangan dan perkhidmatannya). Kami akan memperhebat usaha untuk membawa masuk lebih banyak pembeli dari seberang laut, terutama dari negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico,