Friday 5 February 2016

‘Pasta Jalanan’ Pula Jadi Fenomena .... Lokasi jualan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

pasta

Buat anda yang meminati menu pasta, kini ia bukan sahaja boleh didapati di kafe atau restoran mewah.
Terdapat sebuah gerai yang diberi nama Pasta Jalanan menjual menu pasta dengan harga yang sangat murah atau pun dipanggil harga kasih sayang.

pasta

Serendah RM5 sahaja anda boleh menikmati aglio olio, bolognese atau pun carbonara. Ia juga didatangkan dengan kepingan ayam, daging dan seafood. Cuma tambah RM2 jika anda ingin tambah kepingan daging kambing.


Dengarkannya sahaja sudah membuatkan penulis kecur air liur. Nak, nak lagi ia dijual dengan harga yang sangat ‘masuk akal’ dan diperlukan ketika ini.

pasta3


Berlokasi di Seberang Jaya, Pulau Pinang, apa lagi jom cuba hujung minggu ini!