Thursday 11 February 2016

Panjangnya Nama… Nanti Dah Tua Diri Sendiri Lupa Nama Sendiri

100216MykidNama

Kasihan kepada kanak-kanak yang namanya tertera di atas Mykid kerana terlalu panjang dan agak susah disebut apatah lagi untuk diingati. Dua nama berkenaan menjadi viral di internet selepas gambar Mykid mereka tersebar di laman sosial.
Seorang namanya terdiri daripada enam perkataan manakala seorang lagi ada sembilan perkataan pada namanya belum termasuk nama bapa kandung mereka.
Kanak-kanak pertama namanya Iridina Camelia Tihanie Eliana Eddriana Kissha Mohammad Hafiz berasal dari Negeri Sembilan manakala seorang lagi bernama Damia Izzati Izzazi Azam Ann Marliza Akhtar Danish Zetty Noorazam.
Tidak dapat dipastikan adakah kedua-dua nama ini adalah sebenarnya nama mereka atau ianya telah diedit untuk menjadi viral kerana masyarakat mesti suka melihat perkara yang pelik khususnya nama yang panjang-panjang.
Dikhuatiri pembawa nama ini bakal terlupa salah satu namanya sendiri apanbila mencapai usia lanjut nanti. Bimbang nanti apabila sudah berkahwin, suaminya pula akan menjadi mangsa marah mungkin terpanggil dengan nama lain padahal ia adalah satu daripada rangkaian nama yang panjang tadi.
Di laman sosial, antara komen menarik yang diterima ialah kemungkinan keluarga kanak-kanak ini menyukai watak-watak dalam novel cinta Melayu yang banyak menjadikan nama yang panjang sebagai watak utama di dalam karya mereka.
Ketika ini, novel cinta mempengaruhi banyak drama televisyen yang disiarkan di negara ini kerana kebanyakannya diadaptasikan dari karya-karya cinta yang mendapat sambutan dalam kalangan remaja.
Pastinya ramai lagi yang memberikan nama yang agak panjang dan indah didengar untuk anak mereka yang baru lahir kerana nama begitu sedap didengar dan dipanggil.
Padahal nenek moyang kita dahulu, hampir kebanyakannya nama mereka hanya satu perkataan sahaja.