Thursday 11 February 2016

Najib Tidak Mahu Karpet Merah Sambut Beliau, Mahu Fokus Pada Rakyat

090215NajibPasar_51


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blognya semalam, memberi peringatan kepada kementerian dan agensi bahawa ada perbelanjaan yang boleh dilakukan secara berhemah khususnya perbelanjaan ketuka sambutan lawatan kerja atau majlis rasmi bersama beliau.
“Berdasarkan pemerhatian saya, melalui lawatan-lawatan kerja yang saya lakukan baru-baru ini, saya dapat lihat masih ada perbelanjaan yang boleh kita kurang atau elakkan,” kata Najib.
Beliau tetap berterima kasih untuk segala persiapan yang dilakukan bagi menyambut kedatangan pihaknya kerana beliau faham adanya protokol yang perlu diikuti.
“Saya faham sekiranya ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di mana boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan istimewa dan sebagainya.
“Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol,” katanya.

BlogPMProtokol

Najib berkata demikian berdasarkan pemerhatiannya dalam masa setahun dua kebelakangan ini selepas beliau merasmikan banyak majlis dan lawatan kerja di sekitar negara.
Beliau gembira apabila melihat rakyat menerima baik pendekatan lawatan seperti itu kerana masalah mereka akan mendapat perhatian dan penyelesaian secepat mungkin.
Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, sebelum ini dalam mesyuarat kabinet ada beliau memberi peringatan tentang keperluan kementerian dan agensi membelanjakan wang secara berhemah.
“Pada 6 Januari yang lalu, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pertama bagi tahun 2016, saya telah mengingatkan Kabinet dan kementerian-kementerian untuk membelanjakan peruntukan yang diberi secara berhemah,” kata Najib.
Ketika zaman pentadbiran Najib, perkara mengenai perbelanjaan yang berhemah sudah diberikan perhatian sejak awal-awal lagi apabila hasil tugas setiap kementerian dipantau secara terperinci melalui pelbagai program transformasi melibatkat kerajaan, ekonomi dan politik.
Hasil dari pemantauan itu pula dibentangkan kepada orang ramai setiap tahun.