Kerajaan akan sedaya upaya melakukan usaha terbaik untuk mempertahankan dan mengekalkan keamanan, keharmonian serta keselamatan negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tegasnya berkata tiada tolak ansur terhadap pandangan dan tindakan kumpulan radikal serta pelampau yang boleh mengancam keselamatan rakyat Malaysia dan pihak berkuasa akan bertindak. “Semasa saya menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina baru-baru ini, sungguh menggembirakan apabila melihat rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, datang bersama-sama untuk merayakan perayaan yang penuh keriangan ini,” katanya menerusi catatan terkini dalam blog NajibRazak.com. Beliau berkata perkara itu adalah semangat sebenar dalam Malaysia dan keistimewaan yang mengangkat Malaysia sebagai unik ialah wujudnya masyarakat berbilang kaum di bawah satu bumbung. “Ia sesuatu yang kita mesti pelihara, oleh itu, kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan dan mengekalkan keamanan, keharmonian serta keselamatan kita. “Keselamatan negara kita dan keharmonian yang wujud di dalam negara ini amat berharga. Ia adalah ikatan kukuh yang mengikat kita bersama dan kami akan berusaha untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia terus hidup dalam aman serta harmoni,” katanya. |
Thursday, 11 February 2016
Kerajaan Akan Pertahankan Keamanan, Keharmoninan Dan Keselamatan Negara
By @MNA at 17:47:00
Related Posts:
Khairy jamaludin - Belia tidak berminat ceburi bidang 3DRakyat harus menerima realiti bahawa masyarakat tempatan, khususnya golongan belia, tidak berminat untuk bekerja dalam sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini … Read More
Budak Berumur 7 Tahun Solat Dhuha Setiap Hari Bila Ke sekolah.. DIDIKAN yang betul dan disiplin yang tinggi membuktikan seorang murid yang hanya berusia baru tujuh tahun mampu menunaikan solat Dhuha setiap hari ketika waktu rehat di sekolahnya. Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan… Read More
Ahmad Razif Fokus Kehendak Orang Muda Melalui Transformasi Orang Muda (TOM) Kerajaan negeri hari ini melancarkan program Transformasi Orang Muda (TOM) sebagai salah satu formula untuk memperbaiki keyakinan pengundi Gen Y dalam memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal relevan menjelang pil… Read More
MALAYSIA BERUPAYA MENJADI HAB HALAL TERKEMUKA DUNIAKUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa Malaysia berupaya menjadi hab halal terkemuka dunia merangkumi pelbagai bidang dan tidak hanya tertumpu kepada industri pemakanan. Justeru, Zahid yang juga Timbala… Read More
FITNAH SSTDM: PAC Sahkan Mohd Bakke Tidak Keluarkan Kenyataan Wang RM 2.6 Billion Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan bahawa bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak pernah menyatakan bahawa dana syarikat pelaburan strategik negara itu telah… Read More