KONSEP faktor tunggal seperti penurunan harga minyak akan menyebabkan perubahan pada harga barang ni asal usulnya dipelopor oleh pembangkang sebagai propaganda politik semata-mata. Pembangkang pun tahu benda itu mustahil tapi sebab ia cara paling mudah nak rosak otak sesetengah orang, maka ia dijadikan begitu serius, termasuk bahan utama kempen.
Hakikatnya, 3 bulan kebelakangan ini minyak memanjang saja turun harganya di negara ini, dengan terbaru malam tadi, tapi harga barang masih macam itu, tidak banyak perubahan. Sebetulnya kalau minyak naik pun tak ada sangat perubahan, yang nampak teruk tu sebab pembangkang dok menyalak siang malam, itu saja.
Dalam isu GST, pendekatan ini digunakan lagi. Memutar belit kenyataan Timbalan Menteri bertanggungjawab ketika itu, Datuk Ahmad Maslan adalah fokus utamanya. Ahmad Maslan disamakan dengan konsep dipelopor Rafizi – faktor tunggal boleh sebabkan turun naik harga pasaran.
Menambah buruk keadaan bila ada seorang pemimpin ‘muda’ UMNO yang bergantung kepada p0pulariti semata-mata, pun ikut sama dalam arus perMaslanan itu.
Walhal kalau dibaca betul-betul, Ahmad Maslan tak pernah cakap pun GST akan sebabkan harga SEMUA barang murah, sesetengah barang memang harga akan turun berdasarkan logik sistem cukai lama, SST pada kadar 10% sedangkan GST pada kadar 6%, jadi memang akan turunlah. Contoh kereta, ketika GST dilaksanakan beberapa pengeluar kenderaan umum penurunan harga kereta, ini realiti.
Ringkasnya, adalah yang turun disebabkan GST macam disebut Ahmad Maslan, jadi kenapa nak kata beliau macam-macam? Begitupun itu cara pembangkang mengelirukan rakyat, tidak ada apa yang betul dengan perjuangan mereka tu melainkan kalau tidak membohong rakyat, hairan ada juga yang jadi bodoh terikut.
Patutnya ramai-ramai maki Rafizi bila konsep minyak turun, harga barang pun turun ini terbukti adalah satu pembohongan yang besar. Bukan mengalihkan ‘makian’ itu kepada Ahmad Maslan. Ahmad Maslan tidak menipu rakyat, kenyataan beliau itu yang diputar belitkan, takkan itu pun tak faham?
Malah beliau sering memberi nasihat yang baik untuk rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup, yang tak terhimpit dengan kos sara hidup tu buat apa nak terasa pulak? Abaikanlah sahaja nasihat tu kalau ada banyak duit sangat.
Benda ni sebenarnya mudah saja. Tapi dalam keadaan dimana peliwat dan penjenayah yang disabitkan kesalahan oleh Mahkamah pun dipandang mulia dan nak diangkat jadi Perdana Menteri, permainan persepsi seumpama ini perlu ditingkatkan supaya yang jahat nampak baik yang baik nampak jahat.