Monday, 1 February 2016

DAP Cuba Mewujudkan Teori Domino di Malaysia Demi Kuasa Politik


images (4)



Satu-satunya parti yang begitu kosisten menghentam kerajaan hari ini adalah Democratic Action Party (DAP). Sejak dari awal penubuhan sehinggalah kini, walau sebaik mana pun kerajaan lakukan untuk rakyatnya, pastinya akan mengundang kritikan DAP walaupun ia sememangnya terbaik untuk rakyat.
Sejak Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, DAP dilihat begitu giat cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan melalui apa sahaja cara. Bermula dengan mewujudkan semula sentimen kebencian rakyat terutamanya bangsa Cina terhadap kerajaan, kini DAP beralih kepada cuba menjatuhkan satu per satu entiti berasaskan agama Islam yang ditadbir kerajaan.

images (1)

Mungkin DAP terlupa bahawa agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Oleh sebab itu, pelbagai agensi agama ditubuhkan bagi menyelenggara dan memastikan kebajikan orang Islam di negara ini sentiasa dipelihara. Namun begitu, DAP melihat ianya seperti sebagai salah satu simbol rasis yang diwujudkan oleh kerajaan.
Sehingga kini, belum ada walau satupun agensi berasaskan Melayu ditubuhkan oleh kerajaan. Jadi bagaimana DAP boleh mengklasifikasikan agensi berteraskan agama ini sebagai salah satu bentuk rasis?
Tidak sukar memahami bagaimana DAP menyemai kebencian ini. Bermula dengan memperlekehkan kepimpinan negara, kemudian memperlekehkan Jalur Gemilang, kemudian menekankan betapa laungan azan harus diperlahankan kerana mengganggu tidur orang yang bukan beragama Islam sehingga tanah-tanah perkuburan orang Islam turut diambil alih.


Kemudian, mereka mengalihkan serangan kepada agensi-agensi kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad, Jabatan Agama Islam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan terkini Lembaga Tabung Haji. Tanpa ada sebarang rasa hormat, mereka sewenang-wenangnya mencampuri urusan agensi-agensi berkenaan sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap rakyat terutamanya umat Islam.
Paling dikesali, bagaimana mereka begitu mudah membodohkan umat Islam di negara ini kononnya Tabung Haji telah menyelewengkan wang simpanan mereka. Pernah atau tidak terfikir, saban tahun, Tabung Haji tidak pernah gagal menerbangkan kira-kira lebih 22 ribu jemaah haji kita untuk mengerjakan haji setiap tahun?
Pernahkah kita terfikir saban tahun, Tabung Haji menerbangkan berpuluh ribu jemaah Umrah ke Mekah? Malah, saban tahun Tabung Haji tidak pernah gagal memberikan dividen tambahan kepada para pelaburnya? Jadi dimana asa dakwaan DAP yang kononnya Tabung Haji telah menyeleweng wang penyimpan Tabung Haji?

Lebih menyedihkan, ada dikalangan umat Islam di negara ini, sanggup menjadi bodoh hanya mendengar apa sahaja yang dilaungkan oleh DAP sedangkan di Tabung Haji sahajalah tempat paling selamat untuk menyimpan bagi tujuan ke Tanah Suci Mekah. Mereka merelakan diri mereka mendengar dakyah songsang DAP dan seterusnya bertindak memulaukan Tabung Haji hanya kerana kepentingan politik.
Jika benar Tabung Haji menyeleweng, bagaimana Arab Saudi, negara yang menjaga kota Madinah dan Mekah, boleh mengiktiraf Tabung Haji sebagai satu agensi terbaik didunia Islam dalam menguruskan umat Islam ke Mekah? Paling utama, pernahkah kita mendengar rungutan dari jemaah haji kita mengenai kekurangan yang gagal ditampung oleh Tabung Haji sepanjang 40 hari mereka di Mekah?
Oleh itu, usah terlalu mudah terpedaya dengan helah DAP. Bagi mereka, mereka menghalalkan apa sahaja demi mencapai impian politik keji mereka termasuk memperbodohkan orang-orang Melayu beragama Islam di negara ini. Sejak 1969 sehingga kini, Tabung Haji sentiasa menjadi pilihan utama umat ISlam di negara ini untuk menyimpan wang mereka.
Jadi tiada sebab untuk DAP terus menyerang Tabung Haji dan lain-lain agensi seperti Jabatan Agama Islam dan Permodalan Nasional Berhad. Amat mudah difahami, mereka mahu melemahkan kewangan umat Islam di negara ini demi memudahkan kerja mereka menawan Malaysia. Inilah taktik keji dan kotor DAP demi mahu memusnahkan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.