Wednesday 17 February 2016

Mahathir Terus Menipu Tentang Perkahwinan Anak Perdana Menteri


Seperti yang diperkatakan beliau sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan berhenti dari terus menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kali ini beliau bertindak memfitnah Datuk Seri Mohd Najib dengan mendakwa, perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Mohd Najib terlalu mewah sehingga kerabat Di Raja sendiri tidak pernah menganjurkan perkahwinan seumpama itu.
Malah, beliau turut mendakwa kos untuk bunga-bungaan di Kazakhstan sahaja sudah mencecah jutaan Ringgit dan pastinya ia menggunakan duit rakyat negara ini. Apa asas dakwaan Tun M ini? Adakah beliau melihat sendiri bil bunga-bungaan berkenaan dan paling utama, adakah beliau dijemput kemajlis berkenaan?
download (10)
Samada Tun M terkhilaf ataupun memang sengaja mahu mencetuskan persepsi baru, majlis yang berlangsung di Kazakhstan berkenaan adalah di pihak lelaki. Pastinya, segala persiapan dan perhiasan untuk majlis berkenaan disediakan oleh pihak lelaki. Sudah menjadi adat Melayu perkara seumpama itu berlaku.
Tidak timbul persoalan mengenai harga perhiasan di majlis berkenaan kerana ianya memang ditanggung oleh pihak lelaki. Malah, perkahwinan Nooryana Najwa di KLCC juga atas penajaan dari pihak perseorangan dan hasil daripada hantaran yang diterima oleh Datuk Seri Mohd Najib sekeluarga.
Perkahwinan menerusi penajaan bukanlah sesuatu yang begitu asing pada negara hari ini. Lihat sahaja beberapa artis yang berkahwin, adakah mereka juga boleh di cop sebagai menggunakan wang rakyat untuk berkahwin? Tiada salah untuk mana-mana pihak menaja perkahwinan berkenaan kerana kedudukan Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri.
images (5)
Sudah semestinya, ramai pihak ingin tampil menaja hari bahagia Nooryana Najwa dan pasangannya tambahan pula, beliau merupakan anak kepada Perdana Menteri. Jadi dimana salahnya penajaan seumpama ini?
Jika majlis perkahwinan di Kazakhstan menjadi topik utama Tun M, adakah salah bagi pihak lelaki menyediakan yang terbaik kerana anak lelaki mereka bertemu jodoh dengan anak kepada pemimpin utama negara seperti Datuk Seri Mohd Najib?
Jelas kini, Tun M semakin kehilangan arah dan tuju. Apa sahaja perkara yang pernah beliau ulas dan boleh dijadikan peluru, pastinya beliau akan gunakan asalkan matlamat keji beliau berjaya. Nampaknya, imej beliau selaku Negarawan sedikit demi sedikit semakin hilang disebalik tindak tanduk gilanya mempertikai apa sahaja yang melibatkan Datuk Seri Mohd Najib.