Wednesday 17 February 2016

PERSENGKETAAN antara PAS dan DAP dilihat semakin kritikal...





PERSENGKETAAN antara PAS dan DAP dilihat semakin kritikal. Baru-baru ini beberapa portal melaporkan DAP telah memfitnah Nasharuddin Hassan menonton video lucah semasa menginap di sebuah hotel di Jerman pada 2014.
“Berserah kepada Allah dan saya tidak tahu siapa yang memulakan fitnah ini.” kata Nasharuddin Hassan.
Sebelum ini ketika dalam ’peperangan’membabitkan beliau dan Lim Guan Eng, Nasharuddin dikatakan cuba dijadikan sebagai kambing hitam apabila Ketua Menteri Pulau Pinang itu terjerat dalam isu saman fitnah.
Bagi menutup isu tersebut Guan Eng yang gagal bertindak mendapatkan permohonan maaf dan rundingan luar mahkamah, maka pihak DAP dikatakan telah menyebarkan cerita yang Nasharuddin Hassan menonton filen lucah semasa di Jerman.
Menurut sumber dalaman, seorang pemimpin Cina DAP bertindak sebagai “mastermind”. Ianya dikatakan bertujuan untuk memusnahkan krebiliti orang yang sanggup memalukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Nasharuddin berada dalam kumpulan kerja yang menginap di sebuah hotel di Jerman pada 2014. Selain dituduh menonton video lucah, Nasharuddin juga dituduh meminum arak dengan menggunakan bilik hotel yang sama tanpa membuat bayaran.
Walaubagaimana pun Nasharuddin menafikan semua tuduhan tersebut dan menegaskan dia tidak tahu siapa yang menyebarkan serta motif perbuatan mereka.
“Saya enggan bagi komen tapi suka untuk saya jelaskan semuanya ini dilakukan untuk menimbulkan fitnah bagi mencemarkan nama baik saya.” kata Nasharuddin lagi.
Memetik sumber Darulehsan today, beberapa blog pro-DAP dan Guan Eng melaporkan bahawa seorang Ahli Parlimen DAP yang menyertai rombongan tersebut telah terpijak resit berkenaan.
Nasharuddin Hasan adalah satu-stunya calon dari PAS yang menyertai rombongan tersebut. Sekiranya tuduhan tersebut benar maka nampaknya Nasharuddin boleh dikatakan menjadi mangsa keadaan.
Kami juga mendesak agar pihak DAP tampil untuk memperbetulkan dakwaan ini jika mereka merasakan bahawa mereka telah dikaitkan dengan sengaja. Jika bukan mereka yang memfitnah Nasharuddin maka buatlah kenyataan.

  • PRU14.tv
FMT