Wednesday 17 February 2016

Maklumbalas Lembaga Getah Malaysia Mengenai Kekeliruan Berkaitan Pelaksanaan IPG

IPG

1. Pada bulan Dec pengaktifan adalah 10 sen/kg berdasarkan pengeluaran bulan November dan paras harga pengaktifan pada RM2.00 se kg. Bajet 2016 pada Oktober telah mengumumkan paras harga pengakitfan IPG dinaikkan ke paras RM2.20 se kg bagi getah sekerap mulai bulan Januari 2016.
2. Kerajaan secara tidak langsung menjamin harga ‘farmgate’ cuplumps pada RM2.20/kg. Lagi rendah harga ‘cuplump’ lagi tinggi IPG yang akan dibayar dan diterima oleh pekebun kecil.
3. Dengan kejatuhan harga, pembayaran semasa IPG adalah 40sen/kg. Bayaran dibuat kepada pekebun kecil berdasarkan kepada perbezaan antara harga SMR20 dengan purata bulanan harga cuplump di ladang. Oleh itu, nilai IPG yang dibayar bukan satu nilai tetap tetapi berubah mengikut harga SMR20 dan harga cuplump peringkat ladang.
4. Insentif ini bukan subsidi dan bertujuan mengurangkan beban ekonomi dan memastikan pendapatan bulanan pekebun kecil sentiasa berada di atas paras kemiskinan di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh sewaktu harga rendah di pasaran.
5. Dengan itu, pengeluaran domestik getah asli negara dapat dikekalkan bagi memastikan bekalan bahan mentah kepada industri barangan getah negara tidak terjejas.
6. Selain di Pejabat LGM, pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG di Komplek Penghulu, balairaya dan di premis pembeli getah setempat.
7. Untuk mengelakkan ketirisan dlm pembayaran tuntutan IPG, pembayaran akan dibuat terus ke akaun pekebun kecil. Semua pekebun kecil dan penoreh getah (pengusaha bukan pemilik) layak menerima IPG tetapi mesti mempunyai PAT-G. Warga asing tidak layak menerima IPG.
8. Anggota LGM terlibat dalam pengumpulan resit-resit di semua lokasi yang disyorkan oleh LGM dan mudah dilawati oleh pekebun kecil. Tidak ada isu pekebun kecil perlu ke pejabat LGM untuk menghantar resit dan borang tuntutan.
9. Kad PAT-G, resit dan borang tuntutan diperlukan untuk mengelak ketirisan bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia.
10. Perkara ini telah diterangkan oleh LGM melalui media massa (TV dan media cetak), sembang getah di warung, khidmat nasihat dan perbincangan/mesyuarat bersama Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) peringkat kebangsaan dan negeri.
11. Saiz kebun yang kecil akan menyebabkan pengeluaran getah rendah. Pekebun kecil perlu terus menoreh mengikut syor supaya dapat memaksimakan pengeluaran.
12. Nilai IPG ditentukan melalui purata harga getah bulanan, dan tuntutan akan dibayar melalui akaun bank dalam masa tidak lebih dari 14 hari selepas semua proses disalurkan oleh LGM.