Friday 5 February 2016

STACY SAH MILIK AKIM



KOTA KINABALU - Pasangan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Akim dan Stacy selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru di sini sebentar tadi.
Disaksikan ahli keluarga terdekat, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 25 hanya memerlukan dua kali lafaz untuk menyatukan ikatan perkahwinannya dengan Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Syaikhah Stacy, 26.
Majlis akad nikah dilaksanakan Imam Qariah merangkap Jurunikah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Negeri, Matlee Dimin berwakil walikan abang kepada Stacy, Mohd. Adam Hakimi Anam.
Pada majlis itu, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & Majistret menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Stacy.
Ketika ditemui selepas majlis berakhir, Akim yang popular dengan lagu Mewangi dan Potret melahirkan rasa syukur dan gembira kerana percintaan yang terjalin antara mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan.
"Saya terpegun melihat kecantikan Stacy dan ini kali kedua saya melihat dia lengkap bertudung. Saya makin jatuh cinta padanya," kata Akim. - K! ONLINE