Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekolah berkenaan mungkin akan diwujudkan memandangkan pelajar Orang Asli lebih gemar bergaul sesama mereka tanpa kehadiran masyarakat luar.
Namun katanya, pembinaan kedua-dua sekolah berkenaan perlu diteliti dan dikaji semula kerana perlu mengambil kira faktor bilangan pelajar yang berpotensi melanjutkan pelajaran ke sekolah berkenaan.
“Tahun ini sebanyak 200 pelajar melanjutkan pelajaran ke MRSM dan jumlah itu membolehkan kementerian merancang untuk membina sekolah berkenaan demi kepentingan masyarakat Orang Asli.
“Kita akan melihat bilangan pelajar yang berpotensi untuk melanjutkan pelajaran ke sana. Jika tidak ramai, kita akan letakkan di MRSM biasa yang bercampur dengan pelajar dari golongan lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Orang Asli 2015, di sini hari ini.
Yang turut hadir, dua Timbalan Menteri kementerian terbabit, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Hasnan Hassan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/