Friday 5 February 2016

IMF MEMUJI EKONOMi MALAYSIA




Dikala pihak tertentu dok kutuk Malaysia, tiba-tiba IMF puji kita.  Lepas ni ada pulak puak pembangkang yang kata Najib beli IMF pulak.  Sila baca laporan IMF tentang Malaysia.......

Wakil IMF melengkapkan Misi Perkara IV 2015 ke Malaysia

Satu pasukan dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang diketuai oleh Alex Mourmouras telah melakukan lawatan ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kuching dari 11-22 Januari 2016 bagi membincangkan berkenaan Perundingan Perkara IV 2015 dengan Malaysia. Pasukan berkenaan telah bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kanan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM), tidak ketinggalan wakil-wakil dari sektor swasta, panel pemikir serta ahli akademik. Pada akhir lawatan berkenaan, Alex Mourmouras dalam kenyataannya berkata seperti yang berikut;

"Walaupun mengalami situasi penuh mencabar dari segi luaran serta domestik pada tahun 2015, pihak yang berkenaan tetap mampu mengekalkan kestabilan makroekonomi dan kewangan negara, disamping menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap asas pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam jangka sederhana. Ekonomi Malaysia telah dipengaruhi oleh beberapa 'kejutan' sejak akhir tahun 2014, termasuklah harga komoditi yang jatuh mendadak, permintaan luar yang rendah, perkembangan politik serta aliran modal. Walau bagaimanapun, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diguna pakai sejak April tahun lalu serta pemotongan subsidi dan perbelanjaan operasi telah mengurangkan kesan terhadap sektor ekonomi negara yang terjejas akibat penurunan harga minyak dunia. Kadar penukaran yang fleksibel turut membantu menampan ekonomi dan sistem kewangan negara daripada menerima kesan dari kejatuhan secaa mendadak harga komoditi dan situasi turun naik dalam pasaran kewangan global. Selain itu, dasar kewangan berhemat turut membantu mengekang tekanan inflasi yang timbuk akibat penyusutan kadar nilai pertukaran serta perlaksanaan GST.

"Ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi baik, walaupun pertumbuhan agak perlahan dan terdapatnya risiko untuk terus menurun. Persekitaran luaran bagi tahun 2016 juga diselubungi ketidakpastian, disebabkan oleh beberapa faktor termasuk aktiviti perdagangan global dan serantau yang perlahan; nilai AS Dollar yang semakin kukuh; serta aktiviti rakan dagang Malaysia yang tidak menentu.

"Pertumbuhan ekonomi Malaysia harus kekal kukuh pada tahun 2016, menurun kepada sekitar 4.4 % daripada anggaran 4.8 % pada tahun 2015. Aktiviti perlu disokong oleh permintaan domestik yang sihat walaupun sederhana namun ia tetap dikekang oleh permintaan luar negeri yang lemah. Pertumbuhan kredit dijangka akan perlahan, memperlahankan pengumpulan hutang, namun keadaan kewangan dijangka akan menyokong pertumbuhan tersebut. Pertumbuhan penggunaan disokong oleh kadar pembentukan isi rumah yang tinggi, guna tenaga yang tinggi dan pemindahan persekutuan kepada kumpulan pendapatan rendah yang berkembang. Inflasi akan meningkat untuk sementara waktu sebagai kesan harga minyak yang rendah dan kadar pertukaran yang menyusut berbanding nilai. Namun, walaupun harga komoditi dan tinjauan global rendah, akaun semasa perlu berada dalam keadaan positif.

"Ketidakpastian yang berterusan terhadap keadaan luaran, termasuklah kemungkinan harga minyak akan berterusan menjadi rendah dan lebih aliran modal keluar, memerlukan pengurusan ekonomi makro yang hemat dan berterusan. Melindungi belanjawan yang telah dibuat amat penting, dan dalam konteks ini kesungguhan pihak yang berkenaan untuk mematuhi sasaran defisit kerajaan persekutuan sebanyak 3.1 % daripada KDNK bagi tahun 2016 dan matlamat jangka sederhana untuk mengimbangi belanjawan sehingga tahun 2020-21 wajar diberi pujian.

"Sebagai tindak balas kepada aliran modal keluar, BNM melepaskan nilai Ringgit menyusut berikutan kejatuhan harga minyak dan komoditi, tetapi menyediakan sokongan kepada sektor komoditi untuk terus bersaing dengan sektor eksport pembuatan. Ia juga telah menggunakan rizab untuk melancarkan kitaran aliran modal dan memastikan keadaan teratur bagi pertukaran asing dan pasaran kewangan. Walaupun inflasi dijangka meningkat sementara waktu pada tahun 2016, teras inflasi ditambat dengan baik, dan dasar kewangan semasa BNM berada dalam keadaan baik. Pasukan IMF bersetuju dengan pendirian BNM bahawa rizab harus dibina semula dari masa ke semasa.

"Malaysia baru-baru ini menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, dan pelaburan tinggi serta peningkatan dalam kad skor persekitaran perniagaan adalah membanggakan. Tetapi potensi pertumbuhan yang rendah dalam ekonomi maju membuatkan usaha untuk mengekalkan prestasi pertumbuhan ini menjadi lebih mencabar dan titik tambahan yang penting untuk pembaharuan struktur. Perlaksanaan pembaharuan yang dihasratkan dalam RMK-11 dan komitmen kepada dasar-dasar perdagangan yang lebih bebas, termasuk dalam konteks TPPA, Komuniti Ekonomi ASEAN, dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang dicadangkan, diharap dalam membantu penstrukturan semula dan meningkatkan potensi pertumbuhan Malaysia menjangkau jangka sederhana. Meningkatkan kemahiran tenaga kerja di Malaysia amatlah penting untuk memacu negara menjadi sebuah negara maju. Dasar 'steadfast' dalam polisi pembelajaran diperlukan untuk menaikkan kualiti sistem pendidikan dan pencapaian pelajar. Misi ini juga mengalu-alukan pelan pihak yang berkenaan untuk memperkasakan usaha anti-rasuah, yang akan mempertingkatkan mutu dalam persekitaran perniagaan dan kepercayaan pengguna terhadap institusi kerajaan.

"Pasukan kami ingin berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia, dan juga panel-panel pemikir, pihak swasta serta ahli akademik di atas perbincangan yang berguna ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas hospitaliti yang baik sepanjang kami berada di sini, dan pihak kami berharap dapat bekerjasama semula pada masa hadapan.

"Misi ini akan menyediakan laporannya dan akan membentangkan laporan tersebut kepada Ahli Lembaga Pengarah IMF untuk perbincangan pada Mac 2016."

Dibawah Artikel IV Perjanjian IMF, IMF mengadakan perbincangan dua hala dengan ahli-ahlinya, kebiasaannya dua kali setahun. Ahli-ahlinya akan melawat sesebuah negara, mengambil maklumat ekonomi dan kewangan dan berbincang bersama pegawai kerajaan negara tersebut mengenai ekonomi, pembangunan dan polisi mereka. Di ibu pejabat, ahli-ahli tersebut akan menyiapkan satu laporan yang kemudiannya akan dibincangkan oleh ahli lembaga pengarah