Monday 8 February 2016

Instensif Pengeluaran Getah diaktifkan bermula Febuari....

MAKLUMAN PENGAKTIFAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG) – FEBRUARI 2016

PENGENALAN

1. Pengaktifan IPG untuk bulan Februari 2016 adalah berdasarkan purata harga bulan sebelumnya iaitu Januari 2016.

2. Pengaktifan IPG adalah mengikut purata harga farmgate mengikut wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

3. IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM5.50 sekilogram atau harga di ladang (farmgate) berada di paras RM2.20 sekilogram ke bawah.

HARGA FARMGATE

1. Sepanjang Januari 2016, harga purata SMR 20 FOB adalah pada RM4.67/kg dan harga pada peringkat ladang (farmgate) adalah RM1.74/kg.

2. Berikut adalah purata harga pada peringkat ladang mengikut Wilayah.


Wilayah Harga Purata (RM/kg) Kadar IPG (Sen/kg)
Semenanjung 1.80  IPG 40
Sabah 1.30  IPG 90
Sarawak 1.60 IPG 60



PARAS HARGA PENGAKTIFAN

IPG akan diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada bulan Februari 2016 dengan bayaran sebanyak 40 sen/kg (Semenanjung), 90 sen/kg(Sabah) dan 60 sen/kg (Sarawak) pada kadar cuplump 50% KGK. Pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Januari 2016 mulai 1hb Februari hingga 28hb Februari 2016.



Nota: KGK – Kandungan Getah Kering/DRC
Thailand, Indonesia & Malaysia tarik balik eksport 615,000 tan getah asli mulai Mac hingga Ogos bagi bendung kejatuhan harga: ITRC
Ini usaha utk bantu naikkan semula harga getah