Monday, 8 February 2016

Peguam Negara Pertimbang Penjara Seumur Hidup Terhadap Pembocor Rahsia


Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan hukuman kepada mereka yang membocorkan rahsia rasmi negara.
Dalam satu temubual ekslusif bersama Sin Chew Daily, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata kes kebocoran rahsia rasmi telah meningkat dan media sentiasa melaporkan berita mengenainya dengan memetik sumber.
Beliau berkata Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk menghukum mereka yang membocorkan rahsia kerajaan termasuk penjawat awam, orang awam dan pengamal media yang enggan mendedahkan sumber berita mereka.
Menurut Mohamed Apandi, hukuman yang sedang dipertimbangkan adalah penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.
“Di sesetengah negara, membocorkan rahsia rasmi adalah satu kesalahan serius. Seperti di China di mana kesalahan itu membawa hukuman mati,” katanya.
Mohamed Apandi menegaskan sekiranya wartawan cuba melindungi atau enggan mendedahkan sumber mereka, dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.
“Kami mungkin mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.
“Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90 peratus bukti, saya akan dakwa wartawan, editor, penolong editor dan ketua editor. Saya serius, bukan main-main. Berlaku terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia.
“Hak untuk tahu tidak diberikan oleh perlembagaan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan akan digulingkan jika rahsia rasmi dibocorkan.

Related Posts:

  • UMNO Perlu Gerak Ke depan Serta Mantapkan Parti. KUALA LUMPUR 26 Feb. – Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta dibuat berdasarkan keinginan parti untuk ber… Read More
  • UMNO Johor akur keputusan MT PASIR GUDANG: UMNO Johor akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT), yang sebulat suara memutuskan penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa serta-merta. Ment… Read More
  • Kanak-Kanak Bersama Wang Jutaan Ringgit Jadi Viral KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial semalam dikejutkan dengan penyebaran gam­bar seorang kanak-kanak perempuan bersama sejumlah besar wang yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit di da­lam sebuah bilik hotel diper… Read More
  • Guna Internet Dan Media Sosial Untuk Pupuk Perpaduan - Najib KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Rakyat Malaysia perlu terus menggunakan internet dan media sosial sebagai platform untuk memupuk perpaduan dan mengelakkannya daripada disalahguna, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perd… Read More
  • ADUN PKR SIFATKAN TINDAKAN GUAN ENG TIDAK WARAS Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR menyifatkan tidakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggugurkan dua ahli mereka tanpa sebarang perbincangan adalah sebagai tidak waras. Keputusan yang dianggap … Read More