Tuesday 9 February 2016

Rakyat Semakin Muak..Guan Eng Hilang Populariti

1260 ARTIKEL BARU 

ANDA BERADA DI SINI: BAHASA MALAYSIAPOLITIK

Rakyat Semakin Muak, Guan Eng Hilang Populariti...

MUNGKIN sudah tiba masanya untuk Lim Guan Eng berundur dari menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, gara-gara didakwa mengalami kemerosotan populariti dalam kalangan penduduk negeri itu ekoran gagal menangani isu-isu semasa yang menimbulkan banyak  kemarahan dan keresahan.

Memetik tulisan Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia berkata, terdapat beberapa isu utama yang Guan Eng belum jawab kepada umum secara menyeluruh.

Antaranya projek pembinaan terowong dasar laut sejauh 6.5 kilometer dari pulau ke Butterworth yang menelan kos RM6.3 bilion.

"Banyak persoalan berlegar antaranya kos kajian kebolehlaksanaan yang dikatakan begitu luar biasa iaitu ratusan juta ringgit.

"Memandangkan Guan Eng terkenal dengan reputasinya suka menyaman walaupun menjadi tanggungjawab beliau sebagai pemimpin menangani kritikan dan pendedahan media serta badan bukan kerajaan (NGO), adalah wajar Awang bertanya," katanya.

Kata Awang, turut diperkatakan bantahan penduduk, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Alam Sekitar (SAM) terhadap projek tersebut dan Projek Sky Cab, yang tidak dilihat satu keperluan selain membawa mudarat kepada alam sekitar.

"Maka kita tunggu bersediakah beliau memberi penjelasan lengkap berhubung kedua-dua projek mewah itu?

"Awang percaya Guan Eng tentu tidak mahu malukan orang Pulau Pinang yang rakyatnya suka telus dan berterus-terang," katanya.