Monday 15 February 2016

DAP RAKUS - PINGIRKAN HAK MELAYU

DAP Rakus, Biar Berdarah Kami Tetap Pertahankan Hak Kami- rakyat P. Pinang
KETIDAKSAMARATAAN kebajikan yang Lim Guan Eng berikan kepada rakyat Pulau Pinang bukan isu baharu dalam pentadbirannya selama menjadi kerajaan negeri sejak 2008.
Namun, perkara itu tidak pernah berubah, malah menjadi lebih teruk keadaan apabila bangsa Melayu di negeri itu hanya menunggu waktu untuk diusir sehelai sepinggang daripada tanah mereka sendiri.
Ini kerana kerajaan negeri dilihat begitu rakus dalam menjual hartanah bagi membangunkan unit-unit kondominium mewah, lot banglo serta hotel yang menyebabkan beberapa kampung Melayu akan 'direbankan'.
Hasil kunjungan BNBBC.my ke Pulau Pinang, rata-rata perkampungan Melayu yang wujud hanya terletak di satu sudut yang sangat kecil dihimpit dengan pembangunan mewah.
Antara contoh, Kampung Tanjong Tokong yang menempatkan satu rumah mempunyai lima kelamin dikelilingi dengan kondominium mewah yang sedang dibangunkan iaitu The Penthouse yang bernilai RM4 juta seunit.
Di bahagian belakang perkampungan itu pula, terdapat kondominium mewah iaitu The Breezza yang bernilai RM850 ribu dan ia sememangnya di luar kemampuan orang Melayu khususnya untuk memiliki.
Namun apa yang cuba dibuat oleh kerajaan negeri kini adalah Kampung Tanjong Tokong turut akan dirobohkan bagi membuat pembinaan lain dan kemudiannya penduduk di situ ditempatkan di sebuah apartment yang kini sedang dibangunkan di bawah kelolaan UDA Holding Berhad.
"Bayangkan, kami duduk di sini, habis batu-batu kecil jatuh dekat area kampung kami, jatuh atas kereta kami, lama-lama rosak macam tu sahaja.
"Sampai mereka kata, kalau ada orang mati sebab ada benda-penda yang jatuh macam ni, mereka akan bayar. murahnya harga bangsa Melayu ni pada mereka.
"Macam mana kerajaan negeri sanggup luluskan projek ini di Pulau Pinang?" kata salah seorang penduduk, Abdul Hamid Mohd Tahir yang menetap di situ sejak 1974.
Menurut Abdul Hamid lagi, asal kondominium mewah The Penthouse itu adalah bukit dan kemudian ditarah bagi menjalankan pembangunan tersebut.
Mengulas lanjut, apa yang berlaku sekarang adalah pembinaan apartmen untuk orang Melayu itu sengaja dilambatkan supaya rakyat marah kepada kerajaan pusat.
Namun mengikut prosiding sebenar, sebarang urusan dalam pembinaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang atas arahan kerajaan negeri.
Ini bermakna, kerajaan negeri mungkin cuba melewatkan urusan pembinaan tersebut supaya rakyat melihat ia adalah salah kerajaan pusat kerana UDA Holding adalah sebuah syarikat GLC yang berada di bawah pengurusan kerajaan pusat.
Satu lagi perkampungan Melayu yang tinggal di Pulau Pinang adalah Kampung Mutiara terletak di Batu Feringhi.
Keadaannya lebih parah apabila mereka akan diusir tanpa diberi sebarang pampasan kerana pemilik tanah tersebut ingin membangunkan tanah Kampung Mutiara itu sebagai tempat pelancongan.
Bagaimanapun menurut penduduk di situ, sepatutnya mereka diberikan penempatan lain kerana pemilik tanah itu membeli tanah pada keadaan yang orang Melayu sudah diduduki.
"Kami dah tak tahu dah nak cakap apa, kalau dikata pun bukan mereka nak dengar suara orang Melayu macam kita, mereka akan tetap buat apa yang mereka nak buat.
"Nak harap kerajaan negeri bela nasib kami, memang takkan mungkin, harap ke anak-anak kami lah bagi perlindungan untuk kami berteduh.
"Sebab itu penduduk di sini banyak lari pergi ke tempat lain dan banyaknya yang pergi ke Sungai Petani, tapi dalam keadaan sekarang ni, biar berdarah pun kami tetap akan pertahankan hak kami," Mohamad Musannif Zainol Abdin.
Melihat perkembangan pembangunan di Pulau Pinang, terdapat lot-lot banglo yang dijual dengan harga RM700 ribu dan keatas, malah pembinaan hotel-hotel mewah kini giat dijalankan di negeri tersebut sehingga menjangkau berbilion-bilion ringgit setahun.
Daripada penjualan tersebut, sememangnya ia langsung tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat di Pulau Pinang khususnya bangsa Melayu.
Ini kerana rakyat kelas pertengahan dan rendah tidak mampu membeli rumah rersebut kerana jumlah yang mampu dimilki hanyalah sekitar RM70 ribu sahaja, namun rumah yang berharga serendah itu tidak wujud di Pulau Pinang.
Ia berikutan kerajaan negeri DAP hanya mewujudkan rumah mampu milik yang bermula daripada harga RM120 ribu dan keatas sahaja.
Kesan daripada itu, kini telah ramai orang Melayu yang keluar daripada negeri tersebut dek kerana tidak tahan dengan pengusiran secara halus yang dilakukan oleh DAP terhadap bangsa tersebut.
Adakah ini yang dikatakan kebajikan untuk rakyat yang Lim Guan Eng telah berikan kepada mereka?