Tuesday 16 February 2016

Senarai Exco Diumum Ahad ni..


Setelah berakhirnya kemelut Menteri Besar di Kedah sehingga perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah, rakyat negeri Kedah kini masih tertunggu-tunggu siapakah yang akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri yang baru bagi menggantikan senarai Exco yang lama dibawah pentadbiran Datuuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Banyak andaian kini berlegar di Wisma Darul Aman dengan pelbagai nama dikaitkan untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri. Masing-masing mempunyai pilihan masing-masing untuk menerajui portfolio kerja Kerajaan negeri bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri Kedah.
.images (10)
Ada yang mengandaikan bahawa, barisan exco yang lama perlu dikekalkan memandangkan mereka telah melakukan kerja dengan baik. Namun begitu, adalah menjadi hak Menteri Besar yang baru untuk menilai semula kebolehan para exco sebelum ini samada mereka wajar dikekalka ataupun sebaliknya.
Dalam satu perkembangan, meurut satu sumber Wisma Darul Aman, perlantikan barisan exco yang baru mungkin akan dilakukan pada Ahad ini sebaik sahaja Mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai bersidang. Mesyuarat berkenaan dijangka bakal diadakan pada 17 dan 18 Februari ini di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Justeru, usai sahaja persidangan, Sultan Kedah, Almutassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, akan memperkenankan pengumuman baru nama barisan exco yang akan membantu Datuk Seri Ahmad Bashah dalam mentadbir dan mengurus negeri Kedah. Ini dijangka akan berlaku pada Ahad ini, 21 Februari 2016, dua minggu selepas perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah selaku Menteri Besar.
Selepas pengumuman barisan exco ini, maka lengkaplah transformasi kepimpinan negeri Kedah yang pernah sedikit bergolak seketika pada penghujung bulan Januari dan awal Februari yang lalu.