Monday 15 February 2016

Mukhriz Patut Melihat Penderitaan Pekerja Proton


Seperti sedia maklum, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini dilihat agak lantang bersuara menghentam pentadbiran kerajaan hari ini terutamanya keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Satu per satu kenyataan dikeluarkan oleh beliau, kononnya terlalu banyak skandal menyelubungi pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib.
Namun begitu, beliau dilihat seolah-olah cuba memejamkan mata dengan apa yang berlaku terhadap syarikat-syarikat yang ditadbir atau mendapat sentuhan ayahnya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Beliau tidak perlu untuk melihat terlalu jauh kehadapan. Mungkin beliau perlu melihat sendiri Proton, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Tun M pada tahun 1983.
images (8)
Seperti sedia maklum, Proton mempunyai dua buah kilang yang menghasilkan kereta-kereta Proton pada hari ini. Bertempat di Shah Alam, Kilang disana mengeluarkan produk Saga, Exora dan Inspira. Manakala di Tanjung Malim pula, Proton mengeluarkan produk Persona, Satria Neo, Preve, Suprima dan Iriz. Di sinilah berhimpunnya anak-anak Melayu yang bekerja di industri berat mencari nafkah untuk menampung kehidupan mereka.
Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak rungutan di terima dari para pekerja kilang di Proton yang mengeluh betapa gaji mereka tidak tinggi. Malah, syarikat juga kini dikhabarkan telah membekukan kerja lebih masa sehingga mereka kini kekurangan sumber kewangan akibat penyekatan kerja lebih masa.
Inilah halnya yang patut di beri perhatian oleh Mukhriz. Disaat beliau begitu sibuk menghentam pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib, legasi yang di tinggalkan oleh Tun M terhadap negara, kini berada dalam keadaan yang cukup kritikal. Mudah untuk menunding jari terhadap kerajaan, namun hakikatnya, Proton kini sudah di swastakan.
madey
Seharusnya, sebagai sebuah syarikat yang sudah terbina sejak 30 tahun lalu, Proton kini sepatutnya sudah mampu berdiri dengan sendiri dengan menggunakan kewangan yang sedia terkumpul sebagai modal pusingan, bukan mengharapkan lagi bantuan-bantuan kerajaan seperti sebelum ini.
Di tambah pula faktor Tun M yang mengetuai Proton, seharusnya “aura” yang ada pada Tun M mampu menarik pelabur atau membuka peluang perniagaan baru Proton di rantau Asia. Namun, sehingga kini Proton masih gagal menembusi pasaran China yang terkenal dengan keluasan pasarannya. Tidakkan Mukhriz mahu melihat atau mencampuri urusan ini bagi membetulkan semula apa yang berlaku didalam Proton?
Bukankah pekerja didalam Proton yang terdiri daripada 80 peratus adalah anak Melayu yang membanting tulang di kilang berkenaan? Adakah kebajikan mereka cukup terbela hari ini dengan kelembapan pengeluaran produk Proton hari ini? Ini yang harus di perjuangkan oleh Mukhriz dan Tun M bagi menaikkan semula Proton berbanding terlalu sibuk menghentam kerajaan.