Thursday 18 February 2016

Berita Utama Bini Kena Raba Depan Mata, Salahkan Najib Kat US


Telah menjadi viral sejak beberapa hari ini kenyataan yang dikeluarkan oleh satu kumpulan buskers yang dikenali sebagai Genji Buskers. Menurut vokalis kumpulan ini, beliau mendakwa, isterinya telah dicabul oleh seorang warga Nepal di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di Kuala Lumpur malam Selasa lalu.
Beliau turut memuat naik gambar warga Nepal berkenaan setelah di belasah olehnya akibat perbuatan biadab warga Nepal berkenaan. Namun menariknya, beliau langsung tidak bergegas untuk ke Balai Polis berdekatan untuk melaporkan tindakan biadab warga Nepal berkenaan. Sebaliknya, beliau bersama-sama anggota kumpulannya meneruskan persembahannya sehingga jam 2 pagi.
download (12)
Adakah beliau menganggap perbuatan warga Nepal ini bukan sesuatu yang serius sehingga beliau memilih untuk tidak melaporkan perbuatan jenayah berkenaan serta merta?
Paling mencuri tumpuan adalah, bagaimana beliau memuat naik status di laman sosial Facebooknya mengenai insiden ini. Beliau secara terbuka menyalahkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan apa yang menimpa diri dan isterinya pada malam kejadian.
Beliau dengan begitu mudah menunding kearah Perdana Menteri kononnya dengan kebenaran Perdana Menteri, lambakan warga asing semakin rakus dan biadab terhadap warga tempatan sehingga beliau kini risau untuk mencari rezeki di hadapan Sogo. Bagaimana beliau boleh mengeluarkan dakwaan sedemikian sedangkan Datuk Seri Mohd Najib kini berada di Amerika Syarikat dan langsung tiada kena mengena dengan apa yang telah menimpa dirinya?
kol-5
Bagaimana pula dengan reaksinya yang begitu selamba meneruskan persembahan tanpa melakukan sebarang laporan polis di Balai Polis yang berhampiran? adakah beliau menidakkan undang-undang dalam hal ini sehingga tidak mengambil pusing maruah isterinya yang telah di cemar oleh warga Nepal berkenaan?
Rakyat Malaysia hari ini begitu mudah menunding jari kepada Perdana Menteri terhadap sesuatu perkara. Apa yang belaku terhadap Genji Buskers ini merupakan salah satu contoh, apabila undang-undang diketepikan, bertindak mengikut naluri dan menunding kepada orang yang langsung tiada kena mengena dengan apa yang berlaku terhadap isterinya. Memalukan.