Thursday 18 February 2016

Ahli Parlimen Belia Selangor Perlu Di Pecat Akibat Kenyataan “Ganjanya”


Heboh diperkatakan tentang bagaimana seorang Ahli Parlimen Belia yang mewakili Selangor begitu mudah mengandaikan bahawa tiada salahnya dikalangan belia di negara ini untuk menghisap ganja secara terbuka tanpa perlu diambil apa-apa tindakan. Ini kerana, kononnya ganja turut di halalkan di negara-negara yang telah menanda tangani perjanjian TPP seperti Amerika dan Australia.
Walaupun, terdapat beberapa sumber menyatakan bahawa beliau hanya sekadar bergurau semasa mengeluarkan kenyataan itu, namun, reaksi ramai pihak hari ini nyata kurang senang dengan kenyataan seumpama ini, tidak kiralah samada dalam nada bergurau atau sebaliknya.
download (14)
Sebagai seorang yang terpelajar dan telha dipilih dari jutaan belia di negara ini untuk menjadi Ahli Parlimen Belia, beliau sewajarnya lebih bertanggungjawab dan menyedari sensitiviti serta impak yang mungkin akan beliau alami sewaktu mengeluarkan kenyataan bodoh seumpama ini.
Mana mungkin beliau tidak menyedari bahawa sebarang penyalah gunaan dadah termasuk ganja membolehkan pesalah berkenaan didakwa dan seterusnya berhadapan dengan hukuman mati mandatori. Kenyataan sebegini, walaupun pada beliau adalah gurauan, dibimbangi akan mempengaruhi remaja dan golongan belia untuk melakukan tindakan bodoh termasuk menghampiri najis dadah.
Justeru itu, adalah lebih baik beliau mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi membetulkan semula tanggapan negatif yang telah dilemparkan terhadapnya. Jika tidak, sebagai menjaga maruah diri dan kerajaan, adalah lebih baik beliau berundur dari jawatan yang beliau pegang sekarang.
download (15)
Malah, Kementerian Belia dan Sukan dibawah kuasa Khairy Jamaludin, mungkin boleh mengambil tindakan tegas termasuk memecat Ahli Parlimen Belia berkenaan dari jawatannya. Ini kerana, kerosakan yang telah beliau lakukan bukan kecil untuk dipandang remeh oleh Khairy.
Selaku pengurus kepada projek yang di ilhamkan oleh beliau, inilah waktunya beliau menunjukkan bahawa beliau tegas memerangi najis dadah dikalangan belia. Bukan memilih untuk retweet terhadap kenyataan Ahli Parlimen Belia berkenaan. Ianya seolah-olah menunjukkan beliau menyokong apa yang diperkatakan oleh beliau sebelum ini.
Persoalannya, beranikah Khairy mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Belia ini? Sehingga artikel ini ditulis, Khairy lebih senang mendiamkan diri dari mengulas apa-apa berhubung kejadian ini.