Thursday 18 February 2016

Terkini : Angkat Sumpah Exco Baru Kedah Isnin Ini


Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kedah dijadual dilangsungkan Isnin ini di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini. Menurut surat jemputan media yang dihantar Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri pada Rabu lalu, majlis dijadual berlangsung pada pukul 9 pagi.
Acara mengangkat sumpah dan Pengurniaan Tauliah Pelantikan akan dilangsungkan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Pelantikan Exco itu selaras dengan perkara 37(2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Bagaimanapun sehingga kini, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah belum mengumumkan barisan exco baharu.
images (5)
Beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 4 Februari, sehari selepas Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meletak jawatan sebagai menteri besar berikutan kehilangan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.
Sebelum ini media melaporkan, kemungkinan majlis angkat sumpah barisan Exco baru Kerajaan negeri mungkin bakal berlangsung selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang kini sedang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur. Kebanyaka media menjangkakan , majlis berkenaan akan berlangsung Ahad ini di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Dengan perlantikan exco baru ini nanti, maka lengkaplah peralihan kerajaan negeri daripada tangan Datuk Seri Mukhriz dan diharapkan, selepas perlantikan exco baru nanti, kerajaan negeri Kedah akan bertambah mantap dan mampu memacu pembangunan berterusan di Kedah