Tuesday 23 February 2016

ADAKAH HAK ISTIMEWA MELAYU "SISTEM" YANG MAHU DIUSIK RAFIZI ?...


KATA Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang terkenal dengan kelicikannya ini, boleh saja dia menyokong  saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memastikan pakatan pembangkang turut sama menumbangkan Perdana Menteri, asalkan dipenuhi satu syarat ini.
Iaitu, dia menuntut satu perubahan sistem secara total jika rancangan itu terlaksana.
Apakah perubahan sistem yang dimaksudkan si Rafizi ini bermakna pertukaran terhadap apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan?