Tuesday 2 February 2016

Ada Bank Kutip Hutang Guna Agensi Kurang Ajar Dan Sikap Ala Ah Long?


Ada Bank Kutip Hutang Guna Agensi Kurang Ajar Dan Sikap Ala Ah Long?

20889229

Apabila masuk sahaja awal tahun, maka bermula lah kita mendengar dan menonton banyak iklan institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi sehingga ada yang mencecah RM200,000 untuk dipinjam untuk kegunaan peribadi.
Bagi mereka yang ingin mencari kemudahan ini, perlu diingat beberapa perkara selain kadar faedah serta kriteria yang diperlukan pihak bank untuk meluluskan pinjaman berkenaan.
Anda harus juga cuba membuat kajian lanjut bagaimana pihak bank mengutip semula pinjaman anda sekiranya ada bayaran ansuran anda tertunggak.
Biasanya, pihak bank akan menelefon peminjam dan bertanya mengapa tertunggak dan menuntut bayaran dilakukan dengan segera.
Difahamkan ada pihak bank yang kini melantik syarikat dari luar yang digelar agensi pengutip hutang untuk melakukan tugas itu bagi mereka ekoran jumlah peminjam yang terlalu ramai manakala jumlah kakitangan terhad. Sumber Dari Pru14.tv mendapat makluman dari pembaca, ada agensi sedemikian yang menggunakan taktik ala-ala Ah Long dengan bercakap kasar dalam telefon di samping enggan memperkenalkan diri mereka jika bercakap dengan peminjam.
“Ada juga agensi yang mengugut mahu menghantar orang yang dipanggil ‘runner’ untuk bertemu dengan peminjam dan mendapatkan wang bayaran ansuran jika tertunggak.
“Ada pemanggil dari agensi yang mengugut mengtakan bahawa ‘runner’ berkenaan akan membuat kecoh di pejabat untuk bertemu dengan peminjam,” kata peminjam yang enggan dikenali dari sebuah bank terkemuka yang kerap memberikan iklan pinjaman peribadi.
Rujukan lanjut daripada pakar-pakar ekonomi menjelaskan bank tiada hak untuk bersikap kurang ajar dengan peminjam mahupun menghantar ‘runner’ untuk cuba menuntut bayaran daripada peminjam.
Oleh itu, sebagai bakal peminjam anda buatlah kajian atau rujukan tambahan sendiri berkaitan bank mana yang lebih berkompromi dalam cuba untuk mendapatkan wang pinjaman mereka semula. Hutang mesti dibayar semula tetapi ada etika untuk menuntut kembali wang berkenaan.
Jika peminjam sudah tidak mampu untuk membayar semula, ada cara melalui undang-undang untuk menuntut kembali wang berkenaan daripada peminjam.
Oleh itu, buatlah penilaian teliti sebelum memilih platform anda untuk membuat pinjaman peribadi.

SUMBER DARI – PRU14.tv